Utusan Borneo (Sarawak)

Keyakinan berasaskan rekod prestasi mampan FGV selama 10 tahun

-

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd, pengeluar minyak sawit terbesar dunia, yakin dapat mengekalka­n momentum kukuh bagi syarikat usaha sama selepas mencatatka­n perkongsia­n keuntungan RM6 juta pada 2017 berbanding kerugian RM19 juta pada 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad berkata keyakinan itu adalah berasaskan rekod prestasi mampan FGV selama 10 tahun lepas.

“Ketika ini, kami mempunyai tiga syarikat usaha sama yang terletak di Johor, Pakistan dan Dubai, dalam perniagaan berasaskan minyak sawit dan berasaskan isirung sawit.

“Kesemua syarikat usaha sama ini kembali pulih dan menjana keuntungan tahun lepas. Contohnya, usaha sama kami dengan Procter & Gamble (di Johor) merekodkan beberapa ratus juta keuntungan, menjadikan­nya rekod dalam 10 tahun, selain usaha sama Port Qasim di Karachi, Pakistan juga memberi dividen yang baik,” katanya kepada pemberita selepas taklimat keputusan kewangan 2017 FGV di sini, kelmarin.

Ketika ditanya mengenai harga minyak sawit tahun ini, beliau berkata, FGV menjangkak­an harga bergerak antara RM2,400 dan RM2,600 satu tan, dan tanaman yang baik dijangka bagi 2018.

Zakaria berkata, FGV turut merancang untuk meningkatk­an jumlah simpanan tanah pada 2018 dengan pembelian berpotensi di Afrika, Indonesia dan Malaysia.

“Kami menyasar untuk menambah simpanan tanah sebanyak 20,000 hektar namun pelan pembelian ini masih di peringkat awal dengan usaha wajar akan dijalankan ke atas prospek berkenaan.

“Kami turut mengubah 8,000 hektar kawasan getah kepada kelapa sawit untuk mewujudkan kawasan boleh tanam yang seimbang,” katanya.

Zakaria juga berkata keutamaan FGV pada 2018 adalah termasuk meningkatk­an pengeluara­n FFB kepada 4.85 juta tan pada 2018.

“Selain itu kami menyasar untuk memperkuku­hkan penjentera­an bagi menambah baik produktivi­ti tenaga kerja dan dijangka mempunyai 28 kilang sedia untuk pensijilan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari tahun ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia