Utusan Borneo (Sarawak)

Axiata rancang pengambila­lihan dalam sektor perkhidmat­an kewangan digital

-

KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd merancang untuk melaksanak­an pengambila­lihan dalam teknologi kewangan (fintech), syarikat teknologi pengiklana­n ( adtech) dan syarikat Internet Perkara apabila ia memperuntu­kkan RM200 juta bagi pengembang­an ke dalam tiga bidang tersebut tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, dua pertiga daripada jumlah itu akan dibelanja untuk mengukuhka­n perniagaan syarikat di negara ini, manakala selebihnya akan meningkatk­an kehadiran serantauny­a, khususnya di Indonesia dan Sri Lanka.

“Tetapi tumpuan kami adalah BOOST, kami pasti akan melabur di dalamnya untuk membina lebih banyak saluran dan sekarang kami sudah mempunyai 8,000 titik sentuhan dan kami sedang menambah jumlah itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi ‘ Pertemuan dan Dialog dengan Axiata dan Pekerja dan Ekosistem Cel- com’ di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, kelmarin.

“BOOST, aplikasi dompet mudah alih digital ( e- dompet) yang dibangunka­n Axiata Digital Services Sdn Bhd, telah menetapkan sasaran memperoleh 100,000 pedagang menjelang akhir tahun.

“Kami telah melabur AS$ 150 juta dalam industri berkaitan digital sejak lima tahun lalu,” katanya.

Jamaludin juga berkata, Axiata akan terus menumpukan kepada perkhidmat­an kewangan digital, dengan menawarkan lima perkhidmat­an mikro iaitu pembayaran, pengiriman wang, pinjaman, simpanan dan insurans.

Pada masa ini, Axiata mempunyai 30 jenama digital dan enam syarikat usaha sama, termasuk 11street, perniagaan e- dagang, dan syarikat insurans digital mikro dari Sweden yang dikenali sebagai BIMA, yang merupakan penyedia insurans terbesar di Kemboja, Sri Lanka dan Bangladesh.

Pada April 2017, cabang perkhidmat­an digital Axiata, Axiata Digital melabur AS$16.8 juta dalam BIMA.

“Kami mahu melayani pasaran yang belum mendapat perkhidmat­an itu secukupnya, terutama untuk perniagaan kecil di mana jumlah ( diperlukan) terlalu kecil untuk diproses oleh institusi kewangan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia