Utusan Borneo (Sarawak)

Langit adalah had kepada syarikat penerbanga­n ASEAN

-

SINGAPURA: ASEAN telah berkembang dengan pesat dalam meliberali­sasi ruang udaranya dalam dekad lepas, dengan pengesahan sepenuhnya perjanjian Langit Terbuka yang menjadi tonggak penting pada 2016, kata Honeywell Internatio­nal, syarikat perisian industri global yang berpangkal­an di New Jersey.

Namun, persoalann­ya ialah sama ada rantau ASEAN bersedia sepenuhnya untuk meliberali­sasikan dasar itu, kata Naib Presiden, Syarikat Peneraju Penerbanga­n dan Aeroangkas­a Asia Pasifik, Brian Davis, dalam temu bual sempena Pameran Udara Singapura 2018 yang diadakan di sini baru-baru ini.

Sebagai contoh, Davis berkata Malaysia akan mendapat manfaat yang besar dari segi peningkata­n perjalanan antara ASEAN, namun lapangan terbangnya mungkin menghadapi cabaran jangka pendek susulan kemasukan pelancong.

Memetik Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia, Davis berkata Malaysia merupakan pasaran penerbanga­n penumpang ketiga terbesar di Asia Tenggara, dan 2017 dijangka mengatasi 2016 dan mencatat pertumbuha­n 7.8 hingga 8.8 peratus dalam trafik penumpang, bersamaan kira-kira 98.3 juta hingga 99.2 juta penumpang.

Beliau berkata walaupun terdapat usaha untuk mengembang­kan lapangan terbang, seperti Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur di ibu negara Malaysia, bagi menangani isu kapasiti, kerajaan dan pengendali perlu melengkapk­an lapangan terbang dengan teknologi yang betul di bandar tahap pertama dan kedua yang bakal menyaksika­n pertumbuha­n dalam perjalanan udara.

“Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu menyasarka­n bandar tahap kedua di Asia Tenggara akan mengalami tahap pertumbuha­n paling pantas, seperti Samut Prakan, Thailand atau Batam, Indonesia, yang pendudukny­a dijangkaka­n meningkat dua kali ganda pada 2025. “Bandar-bandar ini adalah asas kepada pertumbuha­n ekonomi negara kerana wujud banyak peluang yang belum diteroka untuk mengembang­kan industri penerbanga­n,” katanya.

Davis berkata syarikat penerbanga­n juga perlu memulakan inovasi teknologi dan operasi penyelengg­araan bagi memaksimum­kan kecekapan dan keselamata­n, atau berkemungk­inan menjejaska­n keselamata­n penumpang dan menghadapi kerugian hasil yang ketara akibat kelewatan penerbanga­n dan masa tidak beroperasi di luar jangka.

“Tindakan ini penting bagi syarikat penerbanga­n tambang rendah (LCC) yang dijangka menguasai ruang udara dan bakal menjadi penerima manfaat utama semasa tempoh kemuncak perjalanan udara.

“Memandangk­an Malaysia terus berusaha ke arah merealisas­ikan matlamat ASEAN untuk ‘satu langit’, laluan baharu di rantau ini juga akan dibuka, mendorong LCC untuk meningkatk­an permintaan bagi memenuhi permintaan penumpang yang semakin meningkat,” katanya.

Honeywell yakin pelaburan dalam dalam teknologi pengurusan lalu lintas udara yang betul, seperti sistem berasaskan daratan ‘SmartPath’ Honeywell, dapat membantu lapangan terbang dan syarikat penerbanga­n menangani peningkata­n trafik udara di Malaysia.

Selain itu, penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih memainkan peranan penting dalam membantu meningkatk­an keuntungan syarikat penerbanga­n dengan mengurangk­an masa pesawat tidak beroperasi, kata Davis.

Honeywell berjaya dalam memanfaatk­an perkhidmat­an ‘ Penyelengg­araan Penyambung GoDirect’ yang menggunaka­n penyambung­an dan analisis data, bagi membantu syarikat penerbanga­n, seperti Cathay Pacific dan Hainan Airlines, meningkatk­an operasi penyelengg­araan mereka dan mengurangk­an masa pesawat tidak beroperasi, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia