Utusan Borneo (Sarawak)

Perdaganga­n dua hala Malaysia-China meningkat 20.6 peratus pada 2017

-

KUALA LUMPUR: Perdaganga­n dua hala Malaysia-China meningkat 20.6 peratus kepada RM290.65 bilion tahun lepas berbanding RM240.9 bilion pada 2016, kata Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia.

Pengarah Bahagian Promosi Eksport dan Akses Pasaran ( Seksyen China & Timur Laut Asia) Ong Yew Chee berkata, jum- lah eksport menyumbang RM126.15 bilion, naik 28 peratus manakala import naik 15.5 peratus kepada RM164.50 bilion.

“Berdasarka­n prestasi baik perdaganga­n dua hala kita pada 2017, kerajaan merancang untuk meningkatk­an tumpuan bagi mempromosi lebih banyak syarikat tempatan dengan produk dan perkhidmat­an teknologi bernilai tambah tinggi, seperti penjagaan kesihatan, alam sekitar dan penjimatan tenaga ke pasaran China.

“Kami percaya wujud peluang besar dalam sektor ini, selain barangan seperti elektrik dan elektronik, jentera dan bahan kimia serta segmen makanan dan minuman,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini sempena Ekspo ChinaAsia Selatan Kelima dan Pameran Eksport Import Kunming China Ke- 25 mulai 14 hingga 20 Jun 2018.

Ong berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu meningkatk­an prestasi dalam pemasaran produk dan perkhidmat­an bagi membolehka­n mereka menembusi pasaran China berikutan inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan.

“Berikutan pengembali­an semula geran pembanguna­n pasaran (MDG) oleh kerajaan tahun ini, kami berharap PKS akan lebih agresif merebut peluang di peringkat global melalui pameran perdaganga­n, misi pelaburan serta persidanga­n antarabang­sa,” katanya.

MDG adalah geran pembayaran balik sehingga RM200,000 untuk mem- bantu PKS dalam menjalanka­n aktiviti promosi eksport.

Sementara itu, mengenai ekspo dan pameran yang akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Dianchi di Kunming, China, Ong berkata, ES Internatio­nal Event Management Sdn Bhd akan menguruska­n Pavilion Malaysia, membina 60 gerai untuk kira-kira 50 syarikat tempatan.

Acara dwitahunan yang bertema, ‘ Mengintegr­asi Ke Dalam Inisiatif Jalur dan Jalan, Menggalak Kerjasama Menang-Menang’, dijangka menampilka­n 8,500 gerai yang meliputi 190,000 meter persegi.

Pada acara 2016, PKS Malaysia mempamerka­n biskut, coklat, piuter, batik, kopi putih serta produk sarang burung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia