Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA LAGI KUBUR DI BETONG DICEROBOH

-

BETONG: Tiga lagi kubur masyarakat Kristian di Tanah Perkuburan Batu Api di sini diceroboh dan diselongka­r, semalam.

Kejadian terbaharu itu disedari sekitar jam 7.30 pagi selepas penduduk rumah panjang berdekatan tiba di tanah perkuburan tersebut untuk mengebumik­an saudara mereka yang meninggal dunia.

Satu laporan polis kemudianny­a dibuat yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah Betong DSP Fahdil Antum Abdullah.

“Kita percaya perbuatan khianat ini dilakukan oleh pihak sama yang bertanggun­gjawab ke atas dua kejadian terdahulu tahun ini.

“Sebelum ini, beberapa kubur di Tanah Perkuburan Masyarakat Kristian Spaoh terjejas dan ia berulang lagi di sini.

“Anggota kita telah pergi ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan. Kita mendapati, kesemua kubur yang diceroboh adalah kepunyaan si mati perempuan.

“Kita percaya ketiadaan pencahayaa­n pada waktu malam dan kawasan perkuburan juga tidak berpagar, malah tidak berpenjaga memudahkan penceroboh melakukan kegiatan mereka.

“Setakat ini belum ada suspek dikenal pasti, manakala jumlah kerugian atau barang kemas yang hilang dari kubur juga belum dapat dipastikan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana penceroboh­an kawasan perkuburan.

Kejadian terbaharu itu menjadikan sebanyak 12 kes kubur masyarakat Kristian diceroboh dilaporkan berlaku di daerah Betong sejak awal tahun ini.

 ??  ?? DISELONGKA­R: Keadaan salah satu kubur yang diceroboh.
DISELONGKA­R: Keadaan salah satu kubur yang diceroboh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia