Utusan Borneo (Sarawak)

AJAL KETIKA BERBURU

Lelaki warga Indonesia maut dipercayai ditembak lelaki lain selepas disangka babi hutan.

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Gara-gara disangka babi hutan, seorang lelaki warga Indonesia maut selepas dipercayai ditembak seorang lelaki lain yang berburu di kawasan hutan sebuah ladang kelapa sawit di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Diki dari Long Bawan, Indonesia ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan tiga kesan tembakan di sebelah tepi kiri badannya.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, sebelum kejadian suspek berusia 54 tahun itu keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Sahabat Baru, Jalan Lawas Merapok dengan membawa selaras senapang untuk berburu di lokasi kejadian.

Abang Zainal berkata, sekitar jam 8 malam suspek mendakwa terlihat babi hutan yang bergerak di dalam hutan sebelum melepaskan satu das tembakan.

“Sebaik melepaskan tembakan, suspek terdengar orang menjerit.

“Dia bergegas untuk melihat sendiri dan mendapati mangsa terkena tembakan dan mati di tempat kejadian,” katanya semalam.

Berikutan kejadian itu katanya, suspek pulang ke rumah dan memaklumka­n kejadian kepada adiknya sebelum membuat laporan polis pada jam 11.32 malam.

Abang Zainal berkata, pemeriksaa­n polis di tempat kejadian menemui satu laras senapang dan satu beg berwarna hitam berisi satu kelosong peluru dipercayai milik mangsa.

“Susulan kejadian itu, suspek turut menyerah diri bersama selaras senapang yang digunakann­ya untuk berburu,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lawas untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

 ??  ?? TERKENA TEMBAKAN: Mangsa yang maut ketika sedang berburu malam kelmarin.
TERKENA TEMBAKAN: Mangsa yang maut ketika sedang berburu malam kelmarin.
 ??  ?? TRAGIS: Senapang milik mangsa yang digunakan untuk berburu dijumpai berhampira­n mayatnya.
TRAGIS: Senapang milik mangsa yang digunakan untuk berburu dijumpai berhampira­n mayatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia