Utusan Borneo (Sarawak)

RELA memerlukan lebih ramai golongan muda

-

BELAGA: Lebih ramai golongan muda diperlukan untuk menyertai Jabatan Sukarelawa­n Malaysia ( RELA) seterusnya bersama- sama menggerakk­an gelombang kesukarela­an bagi membentuk keperibadi­an mulia generasi masa depan negara yang prihatin, penyayang dan bertanggun­g jawab.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata setakat ini jumlah anggota RELA di Sarawak mencecah 357,184 di mana di kawasan Parlimen Hulu Rajang sahaja ada seramai 6,767.

“Perkhidmat­an RELA amat diperlukan dengan bertindak sebagai first responder bersama- sama dengan agensi lain, membantu serta menyelamat mangsa- mangsa dan harta benda mangsa semasa negeri ini dilanda banjir teruk pada awal tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Penutupan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan RELA Siri 1/ 2018 di Dewan Masyarakat Belaga, di sini.

Katanya kerajaan negeri juga telah menghadiah­kan sebidang tanah seluas 40 ekar di Sematan, Lundu untuk pembinaan Pusat Latihan RELA.

Katanya Pasukan Petugas Khas ( PPK) yang diwujudkan di kawasan Parlimen Hulu Rajang termasuk Belaga untuk menangani masalah penduduk peribumi yang tiada dokumen pengenalan diri telah dilaksanak­an sebanyak 22 kali di kawasan Parlimen Hulu Rajang.

Turut hadir Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang, Ahli Parlimen Hulu Rajang Wilson Ugak, ADUN Murum Kennedy Chuk Pai Ugon, Pengarah RELA Negeri Sarawak Rini Tupong, Pengarah Pendaftara­n Negeri Sarawak Jasni Jubli dan Pegawai Daerah Belaga Juan Ubit.

 ??  ?? SAMBUTAN: Masir disambut orang ramai ketika tiba di Dewan Masyarakat Belaga.
SAMBUTAN: Masir disambut orang ramai ketika tiba di Dewan Masyarakat Belaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia