Utusan Borneo (Sarawak)

Guna langkah terbaharu, tumpu penggunaan kemudahan berteras teknologi sejajar revolusi Industri 4.0

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Kerajaan negeri akan mencari pendekatan terbaik untuk membangunk­an negeri ini melalui langkah terbaharu, khususnya dengan memberi tumpuan kepada penggunaan kemudahan berteraska­n teknologi sejajar dengan perkembang­an revolusi Industri 4.0.

“Saya dan rakan- rakan dalam Barisan Nasional (BN) akan mencari pendekatan terbaharu itu dalam keadaan inklusif serta mesra perniagaan yang akan membantu mewujudkan keadaan kondusif untuk pihak luar terutama syarikat tempatan melabur dan melabur semula dalam pembanguna­n loji-loji di Sarawak,” kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Saya yakin masa depan lebih cerah dan anak-anak muda akan didedahkan dengan pendidikan teknikal untuk ke hadapan serta ilmu pengetahua­n yang betul untuk mereka membangun bersama,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) Parti Demokratik Progresif (PDP) anjuran Presiden PDP merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing di Dewan Suarah Bintulu, semalam.

Apa yang lebih penting katanya, kita mesti memelihara hubungan persefaham­an dan kestabilan di negeri ini yang akan membantu kita mara ke hadapan.

“Kita bertuah kerana BN Sarawak dari hari ke hari tetap kuat serta mempunyai persefaham­an yang baik antara pemimpin-pemimpin komponenny­a.

“Sebab itu saya yakin masa depan kita akan lebih cerah,” tambahnya.

Katanya, persefaham­an dan hubungan baik antara kaum itu dapat diperlihat­kan dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum dalam rumah terbuka TBC yang dianjurkan.

“Seperti yang diketahui tahun ini merupakan tahun anjing dan menurut kata Tiong, anjing satu-satunya haiwan yang taat setia kepada tuannya dan setia kepada ahli keluargany­a.

“Saya pasti (sempena tahun tersebut) PDP juga akan sama-sama melindungi Sarawak bekerjasam­a bersama parti-parti komponen BN lain untuk membangunk­an Sarawak,” ujarnya.

Ketua Menteri turut meluahkan perasaan gembiranya melihat keadaan negeri dan politik negeri ini stabil yang akan membawa kemajuan hasil daripada asas kepercayaa­n yang telah diterapkan antara parti komponen BN Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semasa menjadi ketua menteri.

“Justeru, saya sebagai ketua BN Negeri yang baharu akan meneruskan kepercayaa­n dan sebagai asasnya kita akan bekerja bersama mencari cara untuk membangunk­an Sarawak mengikut landskap ekonomi baharu,” tegas Abang Johari.

Selain itu, beliau berharap sambutan TBC akan merapatkan barisan parti komponen BN dan tahun anjing akan membawa kesempurna­an hidup serta keselesaan bagi penduduk dalam sama-sama menyumbang ke arah pembanguna­n negeri ini.

Dalam perkembang­an lain, beliau turut menghargai sumbangan besar Tun Taib semasa menjadi ketua menteri yang membangunk­an Bintulu dengan meletakkan asas kukuh untuk Bintulu menjadi pusat ekonomi Sarawak melalui sumber-sumber yang dirancang dan dilakukan dengan betul khususnya dalam Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA).

Katanya, sebuah bandar baharu di Samalaju diban- gunkan dan pusat pelaburan utama di Sarawak di bawah kepimpinan Tun Taib sebelum ini menyumbang kepada pembanguna­n pesat Bintulu.

Hadir sama pada majlis tersebut, Tun Taib, Tiong dan isterinya Datin Seri Esther Tiong, Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan isteri, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip dan isteri, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Agung PDP Datuk Anthony Nogeh serta kenamaan lain.

Terdahulu bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah turut hadir pada majlis tersebut yang berlangsun­g mulai jam 9 pagi hingga 1 petang, selain lebih 10,000 penduduk pelbagai kaum yang memenuhi ruang di Dewan Suarah Bintulu.

 ??  ?? CERIA: Tun Taib, Abang Johari, Tiong, Dr Rundi, Talib serta isteri, Dr Abdul Rahman serta tetamu lainnya mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir.
CERIA: Tun Taib, Abang Johari, Tiong, Dr Rundi, Talib serta isteri, Dr Abdul Rahman serta tetamu lainnya mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia