Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah daif akan terus dibantu, kata Uggah

-

DEBAK: Sekolah daif akan terus dibantu bagi memberi kemudahan pendidikan kepada anak luar bandar melestarik­an pembelajar­an agar selari dengan keperluan pendidikan masa kini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan di bawah Barisan Nasional(BN) memainkan peranan dan sentiasa mencari inisiatif terbaik untuk memastikan pembanguna­n dan keperluan sekolah dilaksanak­an sebaiknya.

“Kerajaan menyediaka­n kemudahan untuk membantu pihak sekolah dalam menguruska­n pembelajar­an dan keperluan murid.

“Oleh itu, lengkapkan anakanak kita dengan ilmu yang berguna demi masa depan yang lebih cemerlang,” ujarnya.

“Kemiskinan bukanlah alasan untuk tidak menghantar anak ke sekolah kerana pelbagai kemudahan disediakan untuk dinikmati anak-anak.

“Galakkan anak tinggal di asrama kerana kemudahan lengkap disediakan untuk mereka seperti makanan terjaga dan ruang pembelajar­an yang lebih terurus.

“Jangan terlalu mengong- kong dan manjakan anak-anak sekali gus menurut sahaja kemahuan untuk mereka tidak tinggal di asrama sehingga membolehka­n mereka bergaul dengan rakan-rakan yang tidak sepatutnya dan menyebabka­n mereka mengabaika­n pelajaran,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Merarau sempena Perasmian Dewan Suria Sekolah Kebangsaan (SK) Suri di Debak kelmarin.

Pada majlis tersebut, Uggah memaklumka­n akan mengusahak­an permohonan pihak sekolah untuk mendirikan bangunan baharu dan meminta pihak Pejabat Daerah Betong untuk membuat anggaran peruntukan mendirikan bangunan berasaskan Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS) dalam masa seminggu untuk tujuan itu.

Pada masa yang sama, beliau turut meluluskan permohonan empat unit pendingin hawa bagi kemudahan bilik guru dan pentadbira­n, selain peruntukan untuk program UPSR berjumlah RM10,000 dan membeli buku perpustaka­an RM2,000.

Selain itu, turut diluluskan pembinaan sistem perparitan bagi mengelak masalah banjir dan air memasuki bilik darjah apabila berlaku hari hujan, di mana beliau meminta pegawai daerah Betong menguruska­n perkara terbabit.

Turut hadir bekas ADUN Bukit Saban Robert Lawson Chuat, Pemangku Residen Bahagian Betong Friday Belik, Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal, SAO Debak Dr James Luing, Timbalan PPD Betong Aleksey Aman, Guru Besar SK Suri Fatimah A’ie, Yang Dipertua PIBG Stephen Lamkop James Duang dan ketua-ketua jabatan.

 ??  ?? SIMBOLIK: Uggah bersama barisan tetamu yang lain memotong kek pada majlis tersebut.
SIMBOLIK: Uggah bersama barisan tetamu yang lain memotong kek pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia