Mereka tidak boleh berterusan jauhi apatah lagi mempunyai sikap pendendam terhadap kerajaan BN
ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menyeru masyarakat Cina bersatu dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg serta Barisan Nasional (BN) untuk kestabilan politik berpanjangan.
Menurutnya, kaum kedua terbesar di negeri ini selepas masyarakat Dayak itu, tidak boleh berterusan menjauhi apatah lagi mempunyai sikap pendendam kerana ia secara tidak langsung menjadikan suara mereka lemah ketika menuntut hak daripada kerajaan.
“Maka itu, apa sahaja sentimen yang cuba dimainkan di media sosial atau berita yang disampaikan secara lisan perlu dinilai sedalam- dalamnya dan penuh penelitian kerana kita tidak harus membiarkan diri terus dimanipulasi orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian semsa berucap pada Majlis Ramah-Tamah Tahun Baharu Cina 2018 di SJK(C) Chua Hua, Engkilili di sini semalam.
Hadir sama ke majlis tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu Thomas Kanyan, wakil Ahli Parlimen Lubok Antu Kaunselor Zaini Aji, anggota-anggota Lembaga Pengurusan Sekolah, anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG), ketuaketua kaum, ibu bapa serta para pelajar sekolah.
Maka itu, apa sahaja sentimen yang cuba dimainkan di media sosial atau berita yang disampaikan secara lisan perlu dinilai sedalamdalamnya dan penuh penelitian kerana kita tidak harus membiarkan diri terus dimanipulasi orang lain. ” Dr Johnical Rayong Ngipa ADUN Engkilili
Tambahnya, masyarakat Cina terutama di DUN Engkilili walaupun merupakan kaum minoriti namun segala keperluan dan hak mereka tidak pernah diabaikan seperti kaum Iban dan Melayu.
“Saya adalah wakil rakyat kepada semua kaum yang terdapat di DUN ini dan setiap permintaan anda terutama dalam pengagihan pembangunan dan geran MRP tidak akan diabaikan...biar sama sedikit asal semua menikmatinya kerana ia hak anda sebagai pengundi dan penduduk Engkilili,” katanya.
“Harus diingat Allahyarham Tok Nan semasa hayatnya kerap berkata bahawa kaum Cina bukan pendatang dan ia turut diperakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat persekutuan.
“Jadi saya berharap agar masyarakat Cina bersamasama kerajaan menggembleng tenaga dan buah fikiran serta membuang jauh perasaan dianaktirikan kerana semua kita adalah penduduk Sarawak dan rakyat Malaysia,” ka- tanya dan menambah, sentimen negatif yang dimainkan pembangkang hanya bertujuan memancing undi untuk mereka sahaja.
Mengenai majlis ramatamah itu, Dr Rayong mahu ia diteruskan kerana ia medan terbaik penyatuan bangsa serta merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru melalui PIBG.
“Ia menunjukkan bahawa kita semakin matang dan tahu bahawa aktiviti seperti ini sangat relevan dalam memupuk kesepaduan berbilang kaum seperti di DUN Engkilili dan saya sangat menyokong usaha sekolah menganjurkan majlis ini,” ujarnya.
Terdahulu, antara pengisian program termasuk persembahan tarian singa serta tarian kebudayaan oleh pelajar sekolah.
“Tetamu jemputan turut diberi peluang menunjukkan kemahiran menulis kaligrafi Cina serta membuat ‘Lou Shang’ sebelum diakhiri dengan agihan angpau serta limau mandarin kepada para pelajar.
Pada majlis sama, Dr Rayong menyampaikan cek kepada Pengerusi PIBG SJK(C) Chua Hua, Engkilili Agustine Chua bernilai RM10,000 sebagai dana untuk mereka menjalankan aktiviti sekolah.