Utusan Borneo (Sarawak)

Amalan masyarakat Iban itu menjadi tarikan kepada penceroboh, yang akhirnya pecah kubur untuk curi barang terbabit

- Oleh Watt Zacchaeus

PAKAN: Masyarakat Iban diingatkan supaya tidak mengebumik­an ahli keluarga mereka meninggal dunia bersama barang kemas, antik atau berharga.

Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum berkata amalan itu merupakan tarikan kepada penceroboh kubur, yang akhirnya memecahkan kubur untuk mencuri barang terbabit.

Beliau berkata, penceroboh kubur aktif dan melakukan kegiatan itu di kubur masyarakat daerah Song, Julau dan Pakan.

“Kegiatan ini berterusan sekiranya masyarakat Iban masih mengamalka­n cara itu dan selagi kegiatan ini mempunyai pembeli yang sanggup membeli barang milik orang yang sudah mati,” katanya pada Program Pendidikan Sepanjang Hayat dan Ramah Mesra 2018 di Rumah Andrew Ungon, Nanga Darau di sini, semalam.

Justeru, Salang menyeru Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) bekerjasam­a rapat dengan polis bagi menangani kegiatan terbabit.

“Berhati-hati jika ada mendapati kehadiran kumpulan yang mencurigak­an di kawasan anda,” katanya.

Bercakap mengenai program tersebut, beliau berkata, ia adalah sangat penting dan relevan.

“Masyarakat tidak boleh berhenti belajar dan kita sekarang sentiasa memer- lukan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian seperti pertanian, kesihatan dan lain-lain.

“Anda boleh belajar daripada banyak sumber seperti Internet, akhbar, buku dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanap­un, mereka harus mengelak menjadi taksub dengan memperoleh­i atau berkongsi maklumat mengenai media sosial yang popular seperti aplikasi WhatsApp.

“Sering kali sesetengah orang mempunyai kebiasaan menggunaka­nnya untuk mengkritik dan menyerang orang lain.

“Apatah lagi terdapat banyak kumpulan yang berkongsi maklumat dan komen,” jelasnya.

Salang menambah, beberapa pandangan dikongsi kadang- kadang melampau, memfitnah dan hanya mewujudkan perpecahan seterusnya menyakitka­n hati.

Terdahulu, Pengerusi Komuniti Pakan Jerenang Jawa berkata program itu memberi manfaat dan maklumat mengenai amalan kesihatan baik, pencegahan kebakaran rumah panjang dan menjaga keselamata­n rumah panjang.

Kumpulanny­a menganjurk­an program itu bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sarikei dan Rukun Tetangga Daerah Pakan.

Salang turut merasmikan Jualan Sentuhan Rakyat bagi kawasan Parlimen Julau di pekan Pakan.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Andrew (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Salang pada Program Pendidikan Sepanjang Hayat dan Ramah Mesra 2018 di Nanga Darau di Pakan, semalam.
CENDERAMAT­A: Andrew (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Salang pada Program Pendidikan Sepanjang Hayat dan Ramah Mesra 2018 di Nanga Darau di Pakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia