Utusan Borneo (Sarawak)

Program vaksinasi rabies secara besar-besaran di Miri berjaya

-

MIRI: Program vaksinasi rabies secara besar-besaran (Rabies Mass Vaccinatio­n) daerah Miri kali kedua di dewan SMK Taman Tunku di sini, semalam berjaya dilaksanak­an.

Aktiviti diadakan secara berperingk­at- peringkat di lokasi yang berbeza diadakan dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Ia merupakan anjuran bersama Pejabat Residen Bahagian Miri, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar, Jabatan Kesihatan Bahagian Miri, Majlis Bandaraya Miri ( MBM), Zero Strays serta pelbagai pertubuhan lain di sini.

Hadir sama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang, Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf serta tetamu lain.

Selain mendapatka­n suntikan rabies secara percuma bagi anjing, kaunter khas pendaftara­n pemohonan lesen anjing pada hari itu turut disediakan.

Bagi pendaftara­n lesen tersebut, RM4 akan dikenakan kepada anjing jantan manakala RM6 untuk anjing betina.

Sementara itu, program tersebut diteruskan setiap Ahad pada Mac di lokasi berbeza iaitu Dewan Suarah Miri (4 dan 11 Mac), Dewan Dato Permaisuri di Bandar Baharu Permyjaya (18 Mac) dan di pekarangan tamu baharu Desa Senadin pada 25 Mac.

Kaunter kesedaran orang awam mengenai rabies juga disediakan bagi meningkatk­an pengetahua­n masyarakat tentang gejala tersebut di samping menjayakan usaha mengekalka­n bandar raya ini bebas virus rabies.

 ??  ?? SAKSI: (Berdiri kanan) Abdul Aziz, Ahmad Lai, Lee serta yang lain melihat anjing diberikan vaksin pada program vaksinasi rabies di SMK Taman Tunku semalam.
SAKSI: (Berdiri kanan) Abdul Aziz, Ahmad Lai, Lee serta yang lain melihat anjing diberikan vaksin pada program vaksinasi rabies di SMK Taman Tunku semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia