Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita dikejarkan ke hospital akibat terminum cecair pencuci lantai

-

KUCHING: Bahana tersilap minum cecair pencuci lantai, seorang wanita terpaksa menerima rawatan di hospital akibat tindakanny­a itu.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja di Batu Lintang itu dikatakan mencari air untuk diminum kerana dahaga.

Difahamkan, sebaik menemui botol berisi air, dia terus meminumnya sebelum menyedari ia adalah cecair pencuci lantai.

Susulan itu, mangsa dikatakan lemah sebelum meminta bantuan rakan yang berada di tempat kejadian.

Mangsa warganegar­a Indonesia itu kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dirawat di Zon Merah Unit Kecemasan.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10 pagi. MIRI: Penduduk di sekitar pekan Long Lama di Baram dipelawa memeriahka­n Program Fiesta Sehati @RTM Long Lama pada 2 dan 3 Mac di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tee Kee.

Pengurus RTM Miri Zaidi Bujang berkata, pelbagai program menarik untuk pengunjung telah disusun untuk kedua-dua hari tersebut, antaranya senamrobik, pertanding­an lombak asen (sukan rakyat) serta pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak dan warga emas.

Zaidi berkata program bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam itu turut diisi dengan ceramah, pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan pertanding­an ‘Highlands Country Music’.

Lebih menarik lagi, kemuncak program menyak- sikan Konsert Selebriti RTM bersama DJ-DJ MIRIfm, SARAWAKfm dan WAIfm (Bunyau dan Bujap) serta Konsert Fiesta Sehati @RTM menampilka­n penyanyi seperti Eyqa, Urai, Bobby Laing, Nai Dinamik, Eddie Kuwing, Jolly Jengan, Florence Bulan, Desmond Yap dan Rickie Andrewson.

Di samping itu, studio mini dan lintas langsung berita semasa di TV1 akan bersiaran dari tapak fiesta, selain Selamat Pagi Malaysia.

Pejabat Residen Miri turut membuka CTC Mobile Boat selaras dengan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Ini termasuk mengetenga­hkan perkhidmat­an daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftara­n Negara dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia