Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PBB Tellian agih sumbangan kepada tujuh penerima

-

MUKAH: Pemuda Parti Pesaka Bumipura Bersatu (PBB) Tellian menyampaik­an sumbangan kepada tujuh penerima di Kampung Tellian semalam.

Menurut Ketua Pemudanya Johann Harris Sulaiman, ia merupakan salah satu aktiviti untuk membantu golongan memerlukan di kawasan itu.

“Ini adalah salah satu usaha kami membantu golongan memerlukan di kawasan Tellian,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Perkara itu juga menurutnya, sempena Perlumbaan Saloi Lukut 2018 anjuran Pemuda PBB Tellian yang turut berlangsun­g semalam.

“Dalam saat kita bergembira dengan program seperti ini (lumba bidar lukut), kita tidak lupa sebenarnya ada golongan yang mungkin dalam kedukaan dan memerlukan bantuan,” jelasnya.

Selain dapat menziarahi mereka, ia turut mendatangk­an keceriaan kepada golongan ini dalam meniti kehidupan seharian.

“Kita buat setakat yang termampu untuk mereka, semoga kita dapat bawa sedikit senyuman terukir di wajah, itu sudah cukup bagus bagi kita,” jelasnya.

Bantuan berupa hamper barang keperluan asas itu disampaika­n antara lain kepada Ubek Edward atau Nek Ubek di mana kisahnya pernah dipaparkan dalam Utusan Borneo, selain Limo Seli, Isa Ayum, Suma Lidi, Rossie Annie, Jeffery Radio dan Alponsus Pelen.

Selain warga emas, para penerima bantuan ini turut terdiri daripada ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

 ??  ?? CERIA: Johann ( depan, dua kiri) menyerahka­n bantuan kepada Nek Ubek ( baring) pada program ziarah Pemuda PBB Tellian kelmarin.
CERIA: Johann ( depan, dua kiri) menyerahka­n bantuan kepada Nek Ubek ( baring) pada program ziarah Pemuda PBB Tellian kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia