Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tumpas sindiket pengedar, rampas dadah RM1.2 juta

-

JOHOR BAHRU: Polis berjaya menumpaska­n sindiket pengedaran dadah untuk pasaran tempatan dan Singapura dengan penahanan 14 individu menerusi empat serbuan di sekitar bandar raya ini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata polis turut merampas sejumlah dadah dianggar bernilai RM1.2 juta dalam serbuan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Johor dan Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB).

“Kesemua mereka ditahan dalam serbuan bermula 12 tengah hari hingga 3.30 petang di Taman Johor Jaya, Mount Austin, Taman Desa Jaya dan Stulang Laut.

“Tangkapan melibatkan tujuh lelaki tempatan, lima lelaki rakyat Singapura, seorang wanita rakyat Thailand dan seorang wanita rakyat Singapura, kesemua mereka berusia antara 19 hingga 65 tahun,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sementara itu, kesemua dadah yang dirampas melibatkan 12.8 kilogram dadah disyaki syabu; 4,333 biji pil disyaki ekstasi; 200 biji pil disyaki Eramin 5 dan 0.95 kilogram dadah disyaki ketamin.

Mohd Khalil berkata polis turut menyita lima kereta iaitu BMW, Toyota Altis, Kia Optima, Nissan X-Trail dan Proton Wira, wang tunai RM5,800 dan dolar Singapura SGD8,000, empat jam tangan jenama Rado, Cyma, Citizen dan Seiko serta sejumlah barangan kemas dalam serbuan berkenaan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati sindiket tersebut beroperasi sejak awal tahun ini dan salah satu daripada empat serbuan melibatkan makmal mini bagi memproses dadah.

“Keputusan ujian saringan air kencing turut mendapati dua lelaki tempatan, tiga lelaki Singapura dan wanita Thailand berkenaan positif Amphethami­ne dan Methamphet­amine. Lima daripada 14 daripada mereka turut didapati memiliki rekod berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.

Mohd Khalil berkata kesemua mereka kini direman tujuh hari bermula kelmarin sehingga 2 Mac ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEJAYAAN: Mohd Khalil dan Mohd Kamarudin (kanan) menunjukka­n pelbagai jenis dadah seperti syabu, ekstasi, eramin 5, ketamin, wang tunai, jam tangan dan barang kemas yang dirampas dalam empat serbuan di sekitar Johor Bahru pada sidang media di Ibu...
— Gambar Bernama KEJAYAAN: Mohd Khalil dan Mohd Kamarudin (kanan) menunjukka­n pelbagai jenis dadah seperti syabu, ekstasi, eramin 5, ketamin, wang tunai, jam tangan dan barang kemas yang dirampas dalam empat serbuan di sekitar Johor Bahru pada sidang media di Ibu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia