Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta peronda polis terbabas semasa kejar suspek curi kabel

-

BAGAN SERAI: Dua anggota polis terselamat apabila sebuah kereta peronda polis yang mereka naiki terbabas setelah dihimpit sebuah kereta sewaktu adegan mengejar pencuri di persimpang­an lampu isyarat Simpang Tiga, Parit Buntar awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam kejadian jam 4.15 pagi, dua anggota polis berpangkat koperal telah menerima maklumat awam mengatakan ada sebuah kereta jenis Proton Wira sedang mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Jalan Siakap, di sini.

Katanya dua anggota berkenaan menaiki kereta peronda jenis Proton Inspira menuju ke lokasi aduan, namun setibanya di sana, kereta mereka hampir dirempuh sebuah kereta dinaiki empat suspek yang cuba melarikan diri ke Pusat Bandar Bagan Serai.

“Kereta suspek terus memecut melalui Jalan IpohButter­worth menghala ke arah Pusat Bandar Parit Buntar, manakala kereta peronda dinaiki anggota polis bertindak mengekorin­ya sambil meminta bantuan tambahan anggota Unit Kereta Peronda (MPV).

“Ketika menghampir­i persimpang­an lampu isyarat Simpang Tiga, Parit Buntar, kereta suspek bertindak menghimpit kereta peronda berkenaan sewaktu cuba dihentikan anggota polis terbabit, lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum melanggar penghadang jalan,” katanya kepada media sewaktu meninjau keadaan kereta peronda itu di Pejabat Bahagian Trafik dan Ketenteram­an Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian semalam.

Omar Bakhtiar berka- ta kesan kemalangan itu menyebabka­n kereta peronda dinaiki dua anggota polis MPV berkenaan mengalami kerosakan di bahagian bonet belakang, lampu belakang, cermin belakang serta tayar dan rod tayar belakang pecah dan patah.

Menurutnya kedua- dua anggota polis berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kereta suspek jenis Proton Wira, berwarna hijau gelap dan nombor pendaftara­n tidak dapat dilihat kemudianny­a melarikan diri menghala ke Jalan Taiping, Parit Buntar.

“Polis mengenal pasti empat suspek menaiki kereta itu merupakan lelaki Melayu, berumur lingkungan 20 hingga 25 tahun, berbadan kecil dan berpakaian gelap,” katanya.

Omar Bakhtiar berkata, siasatan polis di lokasi kejadian curi kabel di Taman Sri Siakap, Jalan Siakap di sini mendapati sejumlah kabel TM sepanjang 15 meter siap dipotong, ditinggalk­an di sisi jalan bersama peralatan memotong oleh kumpulan suspek berkenaan.

Katanya kejadian itu merupakan kali kedua kes curi kabel TM berlaku di kawasan Jalan Siakap, di sini dan perkara itu sudah dimaklumka­n kepada Telekom Malaysia.

“Pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak turut dipanggil dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh dan mencuri kabel,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta mana-mana saksi kejadian tampil ke IPD Kerian untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia