Utusan Borneo (Sarawak)

Inspektor polis dipenjara enam, denda

-

KUALA TERENGGANU: Seorang Inspektor polis dijatuhi hukuman penjara berjumlah enam tahun dan denda RM125,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas dia didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah.

Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Izzwan Jamaluddin, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Haldar menjatuhi hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Izzwan, yang sebelum ini bertugas di bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, dan memerintah­kan hukuman penjara berjalan serentak mulai semalam.

Mohd Izzwan turut didenda RM25,000, atau penjara 12 bulan, bagi pertuduhan pertama menerima RM5,000 daripada Syahrull Sharahudee­n, yang didakwa terlibat dalam jenayah berkaitan dadah, sebagai dorongan untuk tidak mengenakan tindakan terhadapny­a.

Kesalahan itu dilakukan pada jam 6.25 petang di belakang Restoran KFC Restaurant, Kuala Berang, pada 20 Ogos, 2015.

Dia turut didenda RM100,000, atau pen- jara 24 bulan, bagi kesalahan kedua kerana meminta RM20,000 daripada Syahrull bagi tujuan sama pada 8 malam di sebuah rumah di Kampung Durian Kassim, Ajil, pada 15 Ogos, 2015.

Mohd Izzwan, yang kini digantung kerja dan berniaga di pasar malam, gagal membayar denda dan dia dihantar ke Penjara Marang.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Amirul Ridzuan Hanif, manakala timbalan pendakwa raya daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Mohamad Fadhly Mohd Zamry, mengendali­kan pendakwaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia