Utusan Borneo (Sarawak)

AKSEM Kedah rampas benih kerang dipercayai seludup bernilai RM97,000

-

BUKIT KAYU HITAM: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah berjaya menahan tiga lelaki dan merampas 2,010 kilogram benih kerang bernilai RM97,000 yang dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran kelmarin.

Komander AKSEM Kedah Abdul Latif Abd Rahman berkata rampasan itu dibuat terhadap tiga kereta dipandu tiga lelaki berumur antara 22 hingga 31 tahun itu secara berasingan di sekitar Changlun dekat Kubang Pasu lebih kurang jam 5.30 petang.

“Dua kereta ditahan di lebuh raya iaitu masing-masing di KM1.4 Lebuhraya UtaraSelat­an arah ke Thailand dan KM3.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah Thailand, manakala sebuah kereta lagi ditahan di Jalan Padang Satu, Bukit Kayu Hitam,” katanya pada sidang media di Kompleks AKSEM di sini semalam.

Abdul Latif berkata rampasan itu dibuat hasil maklumat awam dan dipercayai benih kerang itu dibawa dari Perak. Soal siasat awal mendapati ketiga-tiga lelaki itu baharu pertama kali melakukan kerja membawa benih kerang itu.

Sehubungan itu, beliau berkata ketiga- tiga lelaki berkenaan serta benih kerang itu akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Kedah untuk tindakan selanjutny­a.

Dalam pada itu, Abdul Latif berkata pihaknya merampas tiga labi-labi dengan berat 30 kilogram bernilai RM3,000 dalam serbuan di sebuah ru- mah tanpa penghuni di Alor Setar lebih kurang 9.30 malam 23 Februari.

“Pada asalnya serbuan kami di rumah tersebut atas maklumat awam adalah mengenai rokok haram (seludup dan tidak diluluskan kastam), tetapi ketika menyerbu masuk ke dalam rumah ini selain menjumpai dan merampas 40 karton pelbagai jenis rokok dengan anggaran nilai termasuk cukai RM5,000, kami turut menjumpai tiga ekor labi-labi ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Abdul Latif (kiri) menunjukan benih kerang yang berjaya dirampas di beberapa lokasi berasingan sekitar Changlun pada sidang media di pejabat AKSEM Kedah, Bukit Kayu Hitam semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Abdul Latif (kiri) menunjukan benih kerang yang berjaya dirampas di beberapa lokasi berasingan sekitar Changlun pada sidang media di pejabat AKSEM Kedah, Bukit Kayu Hitam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia