Utusan Borneo (Sarawak)

LKIM akan perluaskan jualan ikan Q-Fish

-

KUALA SELANGOR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM) bercadang mengguna pakai pelbagai kaedah dalam memperluas­kan pengedaran dan penjualan ikan segar sejuk beku Q’Fish ke seluruh negara.

Pengerusin­ya Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata langkah itu dibuat berikutan bekalan ikan tersebut mendapat permintaan tinggi daripada rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar.

“Dengan sambutan yang menggalakk­an daripada rakyat, kita akan menambah lagi bekalan ikan ini bagi pasaran seluruh negara.

“Selain mewujudkan kiosk jualan Q- Fish, kita juga bercadang meluaskan jualan menerusi pelbagai kaedah lain termasuk di Kedai Rakyat 1 Malaysia, online (dalam talian) dan menggunaka­n mesin vending yang ditempatka­n di stesen LRT (Transit Aliran Ringan),” katanya selepas menghadiri program Jualan Sentuhan Rakyat di pekarangan bangunan UMNO Kuala Selangor di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata buat masa ini, jualan ikan itu hanya dibuat di beberapa lokasi terpilih termasuk di pasar tani dan lokasi program Jualan Sentuhan Rakyat.

Irmohizam berkata dengan memperluas­kan lagi penjualan ikan tersebut ia dapat memberi alternatif kepada rakyat dalam mendapatka­n bekalan ikan dengan harga berpatutan.

“Tujuh jenis ikan Q’Fish seperti ikan kembung, pelaling, selar yang kita tawarkan ini rasanya setanding ikan segar biasa. Selain tidak menggunaka­n sebarang bahan pengawet, pembungkus­an ikan ini juga dijaga bagi menjamin kualitinya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia