Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat perlu sedar risiko pinjam ah long

-

KUANTAN: Mereka yang memilih untuk meminjam wang daripada peminjam wang haram atau ah long harus sedar risiko yang perlu ditanggung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menambah walaupun terdapat pelbagai alasan yang menyebabka­n mereka terdesak berbuat demikian, namun perkara itu perlu difikirkan sedalam-dalamnya oleh peminjam supaya tidak terjadi ‘sudah terhantuk baharu terngadah’.

“Perkara ini memerlukan tindakan segera daripada peminjam itu sendiri...kita tidak mahu campur tangan dalam urusan peribadi mereka tapi dalam masa sama kita mahukan kerjasama daripada peminjam.

“Jika mereka diugut atau sebagainya, mohon maklumkan kepada polis dengan segera supaya tindakan boleh dilakukan lebih awal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas tindakan sekumpulan individu dipercayai along mengunci dari luar sebelum membakar sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Cheras Prima, Kajang, Selangor semalam, yang menyebabka­n enam sekeluarga nyaris maut.

Sementara itu, mengulas mengenai mesyuarat itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan PDRM bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Kesiapsiag­aan PDRM melibatkan aspek ketenteram­an dan keselamata­n ketika dan selepas pembubaran (Parlimen) serta pada hari pengundian dan selepas tamat pengundian.

“Kita yakin dengan persiapan yang dilakukan telah mengambil kira semua aspek yang diperlukan untuk menjaga ketenteram­an awam,” katanya. — Bernama

 ??  ?? Pengunjung Vivacity Megamall teruja menyaksika­n persembaha­n tarian naga yang diadakan di pusat beli-belah terkemuka itu di Kuching bersempena sambutan Tahun Baharu Cina, semalam.
Pengunjung Vivacity Megamall teruja menyaksika­n persembaha­n tarian naga yang diadakan di pusat beli-belah terkemuka itu di Kuching bersempena sambutan Tahun Baharu Cina, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia