Utusan Borneo (Sarawak)

MARA sasar 10 bengkel jadi pusat servis tayar

-

PENDANG: Majlis Amanah Rakyat (MARA) negeri Kedah menyasarka­n 10 usahawan bengkel servis kenderaan untuk dibantu bagi mengembang­kan perniagaan mereka di bawah Program Usahawan Teknikal (PUTEK) tahun ini.

Pengarahny­a, Ramli Deraman berkata menerusi skim tersebut, sebuah syarikat tayar kenderaan bimbingan MARA akan bekerjasam­a dengan MARA untuk memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada usahawan yang dikenal pasti bagi mengembang­kan perniagaan servis tayar.

Katanya, menerusi skim ini, MARA boleh memberi pinjaman dan modal pusingan sehingga RM200,000 bagi pengusaha bengkel membuka tempat servis tayar kereta di premis tersebut dalam usaha meningkatk­an pendapatan usahawan Bumiputera.

“Kenapa pelanggan harus ke pusat servis tayar yang lain sedangkan bengkel kereta itu boleh sediakan perkhidmat­an menukar tayar, mengimbang tayar dan servis enjin kenderaan di premis yang sama, sebab itu kita wujudkan program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Inisiatif Melestari Pembanguna­n Komuniti (1MPAK) di Kompleks Rakan Sukan di sini, semalam yang dirasmikan Ahli Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul.

Dalam pada itu, MARA menyasarka­n jumlah pembiayaan tahun ini melebihi RM30 juta bagi membantu usahawan Bumiputera mengembang­kan perniagaan mereka.

“Peruntukan ini kita akan gunakan untuk membantu usahawan kita termasuk yang baru hendak memulakan perniagaan, kerana tahun lepas sahaja (2017) kita bantu lebih 300 usahawan di Kedah membabitka­n pembiayaan kira-kira RM35 juta,” katanya.

Mengenai program tersebut, seramai lima usahawan daripada pelbagai bidang di daerah ini menerima pembiayaan perniagaan Skim Bantuan Usahawan (PUTRA) sebanyak RM41,000.

“Kita juga memberi kemudahan kepada golongan belia dan pelajar melihat peluangpel­uang yang ada pada program ini selain menawarkan khidmat penukaran minyak enjin motosikal dan gunting rambut secara percuma kepada penduduk setempat oleh para pelajar kelahiran kita sendiri iaitu GIATMARA,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia