Utusan Borneo (Sarawak)

Kertas siasatan sembilan anggota tentera rogol gadis 17 tahun diserah ke Peguam Negara

-

PUTRAJAYA: Karnival Sukan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPANITA) berjaya meningkatk­an aktiviti bersukan dalam kalangan anggota Puspanita sehingga menjadi atlet profesiona­l.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa yang juga Penasihat PUSPANITA berkata, Karnival Sukan PUSPANITA kini menjadi platform untuk mencari bakat baharu dan mengembang­kan bakat sukan dalam kalangan anggota PUSPANITA.

“Pada masa ini, sudah ada anggota PUSPANITA yang mewakili negeri dan negara dalam pelbagai acara sukan.

“Diharapkan penyertaan anggota PUSPANITA dalam sukan akan bertambah sempena Tahun Memperkasa Wanita 2018,” kata Ali kepada pemberita selepas menyampaik­an hadiah pada penutup Karnival Sukan PUSPANITA Kebangsaan di Pusat Kejiranan Presint 11 di sini semalam.

Jelas beliau, PUSPANITA merancang untuk bekerjasam­a dengan Kementeria­n Belia dan Sukan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk penganjura­n Hari Sukan Negara Oktober ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Ali, Datin Seri Ro- hani Abdullah yang juga Yang Dipertua PUSPANITA.

Sebanyak 1,300 penjawat awam dari seluruh negara menyertai Karnival Sukan PUSPANITA kali ini dan daripada jumlah tersebut 10 peratus merupakan peserta lelaki.

Sebanyak 10 acara dipertandi­ngkan dalam karnival kali ini.

PUSPANITA cawangan Kementeria­n Kewangan menjadi juara bagi acara aerobik sementara PUSPANITA Negeri Perak menjuarai futsal wanita. — Bernama JOHOR BAHRU: Polis akan mengemukak­an kertas siasatan segera kepada pihak Peguam Negara berhubung kejadian rogol ke atas seorang gadis berumur 17 tahun dipercayai melibatkan sembilan anggota tentera di Kluang.

Bercakap kepada pemberita di sini semalam, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua lelaki berumur 19 hingga 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan iaitu merogol berkumpula­n yang boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun, jika disabit kesalahan.

Beliau berkata kesemua mereka kini sedang direman sehingga 1 Mac depan.

Katanya, kejadian rogol itu berlaku pada pertengaha­n Dis lepas dan difahamkan, kesemua anggota tentera itu dari Kem Mahkota, Kluang ditahan selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi, Khamis lepas.

Difahamkan seorang daripada suspek merupakan teman lelaki gadis tersebut.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Khalil menyatakan polis menahan 129 individu kerana terlibat pelbagai kegiatan perjudian haram dalam 14 serbuan menerusi Ops Limau di sekitar negeri ini mulai 9 Feb lepas hingga kelmarin.

Katanya, Op Limau yang diadakan bersempena perayaan Tahun Baharu Cina itu bertujuan membantera­s kegiatan perjudian haram habis-habisan di tempat bebas atau dalam bangunan.

“Daripada 129 individu itu, 101 daripadany­a merupakan lelaki tempatan, 11 lelaki rakyat Indonesia, lapan lelaki Bangladesh, seorang lelaki Pakistan, tujuh wanita tempatan serta seorang wanita Indonesia yang kesemuanya berumur 21 hingga 62 tahun,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Ali (tengah) bersama isteri, Puan Sri Rohani Abdullah bersama orang ramai yang hadir ketika merasmikan Karnival Sukan Tahunan PUSPANITA 2018 di Putrajaya dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama HADIR: Ali (tengah) bersama isteri, Puan Sri Rohani Abdullah bersama orang ramai yang hadir ketika merasmikan Karnival Sukan Tahunan PUSPANITA 2018 di Putrajaya dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia