Utusan Borneo (Sarawak)

Veteran ATM sokong kepimpinan PM, utama kebajikan veteran

-

“Keduanya, orang yang sepatutnya menerima subsidi secara relatifnya mendapat kurang berbanding orang yang tinggi kemampuan, contohnya Petrol RON95, orang berkereta besar mendapat manfaat lebih daripada mereka yang memandu Proton Saga atau Myvi,” katanya pada majlis pelancaran sebelum dinaikkan kepada RM1,000 pada 2016 dan RM1,200 pada 2017.

“Janji kita lima tahun dahulu dalam manifesto Barisan Nasional ( BN), kita akan naikkan BR1M kepada RM1,200 dan dalam jangka masa ini, janji telah ditepati. Kita tidak akan membuat janji kalau kita fikir tidak boleh ditunaikan.

“Saya takkan keluarkan kenyataan bahawa sesuatu manifesto itu kita kaji semula… ada orang buat kenyataan bukan nak tepati, nak kaji semula 60 peratus daripada manifesto. Apa guna manifesto yang mana janji kita takkan tunaikan,” kata perdana menteri.

Beliau berkata sehingga hari ini, kerajaan BN berjaya menunaikan 97.6 peratus janji dalam manifesto pada PRU lepas.

Najib berkata BR1M yang menjadi antara pertanyaan popular pengguna media sosial setiap kali beliau memuat naik pelbagai status di Facebook dan Twitter miliknya turut membantu merangsang ekonomi negara.

“Apabila sahaja kita dapat BR1M, kita gunakan untuk membeli barang-barang asas seperti beras, gula, susu dan pakaian sekolah… ini merangsang ekonomi domestik,” katanya.

Beliau turut menempelak pihak yang hanya pandai mengkritik pemberian BR1M tetapi tidak memberi sebarang cadangan berhubung kaedah lebih baik dalam menyampaik­an subsidi.

Katanya pihaknya bersedia menimbang sebarang ca- dangan untuk dilaksanak­an demi kepentinga­n rakyat dan negara.

“Kalau nak kata dedak atau ‘cash is king’, ini mengarut sebab zaman dia dahulu tidak buat, kita kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat,” jelasnya.

Pengagihan BR1M 2018 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.3 bilion untuk kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara akan dilakukan dalam tiga fasa.

Bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai hari ini, manakala fasa kedua dan ketiga bakal dibuat pada Jun dan Ogos ini. — Bernama PASIR SALAK: Seramai 374 anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia ( PVATM) cawangan Kampung Gajah semalam menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak pernah melupakan kebajikan veteran tentera selama ini.

Ketua Cawangan PVATM Kampung Gajah Shamsuri Ahmad berkata kesemua ahli veteran sangat menghargai usaha kerajaan yang banyak menyediaka­n keistimewa­an terutamany­a dari segi kebajikan.

“Banyak manfaat dan kemudahan yang diberikan kepada veteran antaranya bantuan kerusi roda, katil dan rawatan percuma seperti pemeriksaa­n kesihatan yang dijalankan oleh Hospital Angkatan Tentera dari Lumut dan jualan murah hari ini (semalam) yang banyak membantu kami.

“Kami bersyukur dengan adanya manfaat seperti ini yang menunjukka­n kepimpinan memberi perhatian kepa- da kebajikan veteran sekaligus membantu meringanka­n beban veteran,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan PVATM Cawangan Kampung Gajah, di sini semalam.

Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Pasir Salak itu dirasmikan Pegawai Khas Menteri Pertahanan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Dr Faizal Tajuddin.

Antara aktiviti sampingan yang diadakan antaranya jualan barangan Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) dan pemeriksaa­n kesihatan daripada Kor Kesihatan Diraja.

Sementara itu, Faizal berkata, aktiviti turun padang seperti ini memberi peluang kepada veteran memperoleh­i manfaat yang disediakan Kementeria­n Pertahanan melalui PVATM.

Katanya, ia juga tanda kerajaan menjaga kebajikan veteran tentera yang telah banyak berjasa kepada negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia