Utusan Borneo (Sarawak)

Parkir bertingkat siap tahun ini: Tengku Adnan

-

KUALA LUMPUR: Penghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas dan Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, di sini bakal menikmati kemudahan parkir lapan tingkat yang masing-masing dijangka siap sepenuhnya pada pertengaha­n dan akhir tahun ini.

Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata projek parkir bertingkat berkenaan dapat mengatasi masalah parkir di kedua-dua kawasan sekali gus memberi keselesaan kepada penghuni kawasan berkenaan.

“Projek parkir bertingkat bernilai kira-kira RM35.2 juta di PA Desa Rejang ini dapat memuatkan sebanyak 667 kenderaan yang dilengkapi dengan gelanggang futsal di atasnya manakala parkir bertingkat bernilai RM26.2 juta di PPR Kampung Baru Air Panas dibina dengan kapasiti 572 kenderaan dalam satu masa.

“Selain itu, kita juga sedang merancang untuk bangunkan tempat letak kereta yang mudah dan baharu seperti di negara maju antaranya Jepun dan United Kingdom yang menggunaka­n ‘metal decking’ yang membolehka­n lebih banyak ruang parkir dimuatkan sehingga dua kali ganda tanpa memakan ruang yang banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kenduri 1Wilayah Persekutua­n Parlimen Setiawangs­a dan Pusat Komuniti Setiawangs­a, di sini semalam.

TengkuAdna­n berkata pusat komuniti berkenaan yang berkeluasa­n 1.37 hektar dilengkapi dengan dewan serbaguna berserta penghawa dingin, tadika, perpustaka­an, bilik warga emas, bilik-bilik aktiviti, surau, trek joging dan taman permainan dilengkapi dengan kawalan keselamata­n itu siap sepenuhnya pada Januari lepas.

Kira-kira 5,000 pengunjung terdiri daripada penduduk pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahka­n majlis semalam yang bertemakan ‘ Wilayahku Ceria Rakyat Sejahtera’. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Tengku Adnan bersama Anggraini mewarnakan dinding lukisan sebelum melepaskan peserta ‘Big Walk Program Volunteeri­sme in Community Engagement’ sempena Hari Wilayah Persekutua­n di Jalan Tun H S Lee di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Tengku Adnan bersama Anggraini mewarnakan dinding lukisan sebelum melepaskan peserta ‘Big Walk Program Volunteeri­sme in Community Engagement’ sempena Hari Wilayah Persekutua­n di Jalan Tun H S Lee di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia