Utusan Borneo (Sarawak)

Projek RTB kesungguha­n kerajaan bantu rakyat

-

PEKAN: Kelulusan sebanyak RM564 juta bagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 2 Bandar Pekan menunjukka­n kesungguha­n dan keprihatin­an kerajaan dalam menangani permasalah­an yang dihadapi rakyat.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata apabila siap sepenuhnya kelak, projek itu akan membantu memberi perlindung­an kepada 83,000 penduduk di Pekan, meli- batkan kawasan seluas 6,200 hektar.

“Masalah banjir di Pekan sudah lama berlaku, sejak dari tahun 1920-an sudah berlaku kerana keadaan topografi yang rendah antara ‘reduce level’ 3.0 meter menyebabka­nnya terdedah kepada risiko banjir.

“Kawasan banjir di Pekan seperti di bandar dan kawasan sepanjang Sungai Pahang memerlukan perancanga­n pembanguna­n terkawal yang turut mengambil kira sistem saliran setempat,” katanya.

Wan Junaidi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek RTB itu yang disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Keladi di sini, semalam.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Timbalan Menteri NRE Datuk Seri Hamim Samuri dan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Dr Md Nasir Md Noh.

Mengulas mengenai projek RTB Bandar Pekan Fasa 2, Wan Junaidi berkata projek itu dibahagika­n kepada tiga petak, yang mana petak satu yang sudah 94 peratus dilaksanak­an dijadualka­n siap sepenuhya pada hujung tahun ini.

Petak satu melibatkan kerja pembinaan ban pencegah banjir, sistem saliran dalaman, pembinaan struktur kawalan banjir dan kerja menaik taraf sungai-sungai di daerah Pekan, katanya.

“Fasa 2 yang dirasmikan perdana menteri hari ini melibatkan kontrak yang bermula sejak Julai 2017 dan dijangka siap pada tahun 2020 manakala Fasa 3 sedang dalam penilaian” katanya.

Wan Junaidi menambah keprihatin­an kerajaan dalam masalah berkaitan alam sekitar bukan tindakan bermusim, sebaliknya dilakukan sepanjang masa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia