Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan peruntuk RM564 juta untuk projek RTB Bandar Pekan

-

PEKAN: Kerajaan menyediaka­n sebanyak RM564 juta untuk kos keseluruha­n Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 2, Bandar Pekan dalam usaha untuk mengatasi masalah banjir yang membelengg­u rakyat di daerah itu sejak 1920-an.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek itu yang dilaksanak­an sejak penghujung 2014 bakal memberi manfaat kepada lebih 83,000 orang penduduk yang tinggal di kawasan perlindung­an banjir seluas 6,200 hektar.

“Projek ini menjadi pelengkap kepada RTB Fasa 1 yang dilaksanak­an sebelum ini dengan kos RM221 juta, ia akan menangani satu permasalah­an yang sudah berdekad dialami penduduk Pekan.

“Jadi tidak perlulah saya cerita pasal ‘river levee’ atau ban (sungai) kerana apa yang penting melalui projek RTB ini, kita akan dapat atasi masalah banjir, ini yang lebih penting dan ini yang rakyat nak tahu.

“Tetapi janganlah pula kata, apabila kita (kerajaan) umum projek seperti ini... ada pula yang kata kita bagi dedak, kita adalah kerajaan yang adil kepada semua negeri, malah Kelantan juga mendapat peruntukan sebanyak RM800 juta untuk atasi masalah ini,” katanya pada majlis pecah tanah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Pekan Fasa II (Parcel 2) di sini semalam.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan timbalan beliau, Datuk Ir Dr Hamim Samuri serta Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh.

Pelaksanaa­n Projek RTB Bandar Pekan, Pahang Fasa II ini melibatkan tiga parcel iaitu parcel pertama telah pun bermula pada penghujung tahun 2014 dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2018 melibatkan Bandar Diraja Pekan di kawasan seluas 2,600 hektar.

Parcel 2 pula dilaksanak­an pada Julai 2017 dan dijangka siap Mei 2020 dengan kos RM108.6 juta, melibatkan kawasan masjid, hospital dan kawasan perumahan Pelangkah dengan keluasan 1,500 hektar, manakala Parcel 3 melibatkan kawasan seluas 2,100 hektar yang akan melindungi kawasan pertanian Sungai Miang dan Durian Sebatang daripada dilanda banjir.

Skop projek RTB Bandar Pekan Fasa II (Parcel II) ini antara lain merangkumi pembinaan ban pelindung banjir sepanjang 17.46 kilometer, menaik taraf jalan Batu Balik, perlindung­an Tebing Sungai Genuk, pembinaan pintu kawalan air dan dua unit rumah pam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Najib melihat tebing Sungai Pahang pada Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir Bandar Pekan Fasa II (Parcel 2) di Kampung Pulau Keladi, Pekan semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Najib melihat tebing Sungai Pahang pada Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir Bandar Pekan Fasa II (Parcel 2) di Kampung Pulau Keladi, Pekan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia