Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah transit pertama di ibu negara siap tahun hadapan

-

KUALA LUMPUR: Pangsapuri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kampung Sungai Udang, Segambut di sini bakal menjadi rumah transit pertama di ibu negara apabila pembinaann­ya siap pada tahun hadapan.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pangsapuri dengan 1,200 unit berkenaan dibina khusus bagi golongan belia dan pasangan muda baharu berkahwin secara sementara sebelum memiliki kediaman sendiri.

“Rumah transit dengan kos pembinaan sebanyak RM300 juta melibatkan kawasan seluas 5.51 ekar kini 30 peratus dalam proses pembinaan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti dewan, surau, parkir dan gelanggang futsal.

“Penyewa perlu membayar kadar sewa RM800 selama lima tahun kepada DBKL yang RM300 daripada jumlah itu kita akan simpan untuk mereka dan akan dipulangka­n semula sebagai deposit apabila mereka sudah mampu beli kediaman sendiri melalui Rumah Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) kelak.

“Walaupun konsep rumah transit ini bersifat penyelesai­an jangka pendek, namun diharapkan dapat meringanka­n beban golongan belia untuk membina kehidupan secara berperingk­at hasil penguranga­n kos sara hidup mereka,” katanya ketika merasmikan Program Kenduri 1Wilayah Persekutua­n Parlimen Segambut, di sini semalam.

Tengku Adnan berkata proses pemilihan akan dibuat melalui pendaftara­n yang bakal dibuka dalam masa terdekat dan proses saringan akan dilaksanak­an bagi memastikan hanya yang benar-benar layak dan memerlukan sahaja yang diberikan keutamaan.

“Dalam masa yang sama, dua lagi rumah transit dengan konsep yang sama juga akan dibangunka­n di Kampung Kerinchi dan Bandar Tun Razak,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia