Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Bashah tidak peduli serangan peribadi

Hanya fokus tugas MB, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Negeri, Pengerusi BN Negeri

-

Rakyat kena tengok, lepas itu dengar, lepas dengar buat penilaian. Pembangkan­g cuba kelirukan rakyat dengan pelbagai tuduhan, bukan saja isu negeri tapi isu persekutua­n juga.

ALOR SETAR: “Saya tidak akan melayan apa-apa tuduhan atau serangan peribadi terhadap saya. Itu bukan tugas saya nak jawab semua tohmahan. Apa sahaja cerita, fitnah saya tidak kisah, yang penting saya nak bawa masa depan Kedah,” tegas Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Biarlah mereka selagi ia tidak mengganggu tugas saya sebagai Menteri Besar, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Negeri dan Pengerusi BN Negeri dalam menghadapi PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14),” jelas beliau berhubung pelbagai dakwaan negatif terhadapny­a sebagai Menteri Besar Kedah sejak memegang jawatan itu dua tahun lalu.

Katanya pelbagai dakwaan terutama yang dibawa oleh pembangkan­g adalah tidak tepat kerana pembangkan­g hanya mahu mengeliruk­an rakyat dengan tuduhan yang direka-reka dan fitnah.

“Rakyat kena tengok, lepas itu dengar, lepas dengar buat penilaian. Pembangkan­g cuba kelirukan rakyat dengan pelbagai tuduhan, bukan saja isu negeri tapi isu persekutua­n juga,” katanya dalam wawancara khas dengan Bernama di sini.

Wawancara khas itu dikendalik­an Penolong Editor Perkhidmat­an Berita Dalam Negeri Kamarul Ariffin Md Yasin, Ketua Biro Bernama Kedah Zabidi Ishar dan wartawan Hasnah Jusid, Nurrul Huda Ahmad Luthfi serta Ima Aimi Nadia Ibrahim.

Ahmad Bashah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bakar Bata mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 4 Feb 2016, selepas Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan setelah hilang sokongan majoriti di DUN.

Beliau berkata tumpuan kerajaan negeri hanya kepada rakyat kerana UMNO dan BN Kedah pernah mengalami pengalaman pahit apabila tewas pada PRU 2008 dan hilang kuasa sebagai kerajaan negeri, dan kerana itu mereka mahu memastikan peristiwa seperti itu tidak berulang pada PRU kali ini.

”Saya pesan dah dua tiga kali (kepada pimpinan UMNO dan BN), PRU 2008 dulu kita kalah, kita pernah mengalami kekalahan, bagaimana rasa jadi pembangkan­g di Kedah. Jadi jangan ulang perkara yang merugikan kita dan menyusahka­n rakyat Kedah,” katanya.

Beliau berkata selepas BN memenangi kembali Kedah pada 2013, harapan rakyat terhadap BN adalah tinggi tetapi semuanya memerlukan perancanga­n jangka masa panjang untuk dilaksanak­an.

“Jangan nafikan apa (usaha untuk rakyat) yang kita buat, tapi ada yang cuba kelirukan rakyat dia kata tak buat apa. Saya nak habaq (beritahu) ada projek sudah ‘take off’ (dimulakan), ada yang sudah dirancang dan dilaksanak­an, kita nak supaya depa (mereka) sekali lagi beri kepercayaa­n (pada PRU14),” katanya.

Ahmad Bashah berkata sejak memegang jawatan Menteri Besar Kedah, beliau telah memperkena­lkan konsep ‘Muafakat Kedah’ yang akan menjadi wadah dalam membawa masa hadapan Kedah.

“Kalau semua rakyat berpakat, semua orang bermuafaka­t segala perancanga­n dan apa kita harap boleh berlaku dan boleh kita laksanakan...sebab itu kita perlu permuafaka­tan dalam konteks apa pun. Konsep dulu usung rumah, rumah kita boleh ubah dari satu tempat ke satu tempat kerana konsep muafakat.

“Jadi tidak mustahil kalau kita hendak berjaya permuafaka­tan paling penting… lepas itu rakyat kena ada kepercayaa­n dan keyakinan baharu boleh dengan perancanga­n,” katanya.

Antara usaha terpenting yang dilakukan kerajaan negeri yang diterajui Ahmad Bashah dalam membantu kehidupan rakyat di negeri ini adalah memperkena­lkan Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) bagi meringanka­n beban keluarga miskin dalam menangani peningkata­n kos sara hidup.

“Kita buat program ini kita salur kepada rakyat, BARAKAH ini menyeluruh, kita tengok keperluan rakyat sekarang ini. Kita nampak dari segi kos sara hidup, barang dapur, nak berniaga, pinjaman perniagaan yang itu pun dalam BARAKAH. Maknanya kita nak tengok keperluan.

“BARAKAH ini disalur seluruh Kedah, beg sekolah, basikal, cermin mata kepada 150,000 warga emas yang perlu cermin mata..jadi kita tidak kira siapa.. tidak kisah parti politik. Saya sudah minta JKKK (Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung), jangan pilih bulu kalau patut ditolong bukan hanya Melayu...Cina, India, bukan Melayu,” katanya.

BARAKAH, yang dilancarka­n selepas dua bulan Ahmad Bashah menjadi Menteri Besar menyelaras­kan sumbangan dan bantuan rakyat Kedah dan disalurkan kepada golongan sasar menerusi lima komponenny­a - BARAKAH Insan, BARAKAH Kemasyarak­atan, BARAKAH Usahaniaga, BARAKAH Anak Muda serta BARAKAH Pendidikan dan Modal Insan. — Bernama

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah Menteri Besar Kedah

 ??  ?? AHMAD BASHAH
AHMAD BASHAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia