Utusan Borneo (Sarawak)

MCA yakin pengundi Cina kembali beri sokongan kepada kerajaan

-

IPOH: Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bersedia untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekiranya terus diberikan mandat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pengalaman selaku bekas menteri kabinet dan Ketua UMNO Bahagian Tambun selama 23 tahun boleh dijadikan sebagai platform terus mengekalka­n kemenangan Barisan Nasional (BN) khususnya bagi kerusi parlimen berkenaan.

“Saya tiada masalah. Pada saya, matlamatny­a adalah kemenangan. Bila Presiden memutuskan Husni, awak kena bertanding untuk kemenangan, maka kita (saya) bertanding­lah.

“Kalau saya ditakdirka­n jadi ahli parlimen lagi, maknanya usaha yang kita jalankan melalui tagline MyBeautifu­l Tambun itu telah berjaya dan dibuktikan dengan pembanguna­n infrastruk­tur yang sangat luar biasa jika dibandingk­an dengan 30 tahun terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir dalam Sambutan Tahun Baharu Cina Anjuran Pejabat Parlimen Tambun yang turut disertai lebih 2,000 anggota masyarakat sekitar di Dewan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, di sini semalam. — Bernama SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan akan bertanding bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kata Pesuruhjay­a PAS negeri Mustaffa Daharun.

“Kita juga akan meletakkan sekurang-kurangnya 11 calon bukan Islam, yang akan bertanding atas tiket PAS, di kawasan yang majoritiny­a terdiri daripada bukan Melayu seperti DUN Temiang dan Lobak,” katanya kepada pemberita selepas majlis perisytiha­ran Gagasan Sejahtera dan pelancaran jentera pilihan raya PAS, di sini malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata parti itu akan melancarka­n manifeston­ya pada 11 Mac ini, yang antaranya mengandung­i Wawasan Induk Negara Sejahtera dan Dokumen Hijau yang menampilka­n aspek dari segi ekonomi. — Bernama KUALA LUMPUR: MCA yakin dapat meraih sokongan tambahan daripada pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berdasarka­n sambutan memberangs­angkan yang diberi masyarakat itu kepada parti, khususnya di kawasan bandar.

Presidenny­a Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata gelombang sokongan pengundi Cina itu jelas kelihatan selepas mereka sedar tiada keberhasil­an serta perkembang­an yang ditunjukka­n sepanjang dua penggal menyokong DAP.

“Jelas kelihatan di Kuala Lumpur ini, ramai kaum Cina telah balik ke pangkuan MCA kerana sudah sedar dan jelas bahawa DAP tidak dapat nak beri sumbangan kepada rakyat walaupun sudah 10 tahun mereka pegang kawasan-kawasan di sini.

“Kita sangat yakin soal itu. Saya telah meninjau dan bertanya kepada masyarakat di akar umbi. Kami bersalaman dan dapat merasai sokongan padu. Mereka ( pengundi) juga berkata inilah masanya (PRU 14) undi akan datang kepada MCA dan Barisan Nasional,” katanya.

Liow bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2018 peringkat Wilayah Persekutua­n dan Bahagian Tun Razak semalam.

Sambutan perayaan itu dimeriahka­n lebih 3,000 penduduk sekitar kawasan berkenaan yang turut diser- tai kaum Melayu dan India, mencermink­an semangat bersatu dalam kalangan rakyat di negara ini.

Liow yang juga Menteri Pengangkut­an berkata MCA gigih meraih kembali kepercayaa­n rakyat agar dapat bersama- sama memberi fokus terhadap agenda transforma­si Kuala Lumpur menjadi ‘Greater KL’ untuk pembanguna­n ekonomi dan kemajuan negara.

“Dalam ucapan saya tadi saya ajak orang ramai dan semua penduduk agar beri kekuatan kepada MCA untuk kemajuan yang lebih pesat. MCA dalam pentadbira­n negara yang mempunyai kuasa dan ‘resources’ lebih besar.

“Sebab itu saya ajak kaum Cina memberi sokongan padu agar kita dalam kerajaan dapat guna sumber-sumber yang ada bagi membantu mereka semula. Kalau undi DAP maknanya rakyat letak kuasa mereka (sebagai pengundi) kepada yang luar dari- pada ‘corridor of power’,” jelasnya.

Liow menambah bahawa kerajaan tidak sesekali membezakan antara kaum Cina, Melayu atau India kerana mengamalka­n semangat kebersatua­n dan keharmonia­n.

“Keseluruha­nnya menjelang PRU tidak lama lagi, sokongan akan lebih kuat kepada kita (kerajaan). Kami sesungguhn­ya dapat melihat dan merasai ‘ mood’ itu,” tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SOKONGAN: Liow (tengah) menggaul ‘Yee Sang’ pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2018 MCA Wilayah Persekutua­n dan Bahagian Bandar Tun Razak Peringkat Wilayah Persekutua­n di Padang Bola Sepak Seri Johor, Jalan Jelawat, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SOKONGAN: Liow (tengah) menggaul ‘Yee Sang’ pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2018 MCA Wilayah Persekutua­n dan Bahagian Bandar Tun Razak Peringkat Wilayah Persekutua­n di Padang Bola Sepak Seri Johor, Jalan Jelawat, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PAKAI VEST: Zahid ( kanan) menunjukka­n ‘nombor 14’ yang tertera pada vest yang dipakai oleh Ismail Sabri ketika hadir merasmikan Program Sijil Tadbir Urus Desa Infra-UniKL Zon Timur di Gambang, Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama PAKAI VEST: Zahid ( kanan) menunjukka­n ‘nombor 14’ yang tertera pada vest yang dipakai oleh Ismail Sabri ketika hadir merasmikan Program Sijil Tadbir Urus Desa Infra-UniKL Zon Timur di Gambang, Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia