Utusan Borneo (Sarawak)

Jardim desak VAR diperkenal dalam Ligue 1 Perancis

-

PARIS, Perancis: Jurulatih Monaco, Leonardo Jardim mendesak video bantuan pengadil (VAR) diperkenal­kan dalam Ligue 1 Perancis selepas satu tendangan penalti kontrovers­i menyaksika­n pasukannya mensia-siakan peluang mengutip tiga mata penuh selepas seri 3-3 di Toulouse Sabtu lepas.

Monaco mungkin semakin ketinggala­n dengan 14 mata di belakang pendahulu liga, Paris Saint Germain (PSG) pada minggu baharu dan Jardim menegaskan pengadil tidak memberikan kelebihan kepada mereka dengan memberikan tendangan penalti pada minit ke-78 ketika pasukannya mendahului 3-1.

Pemain pertahanan, Kamil Glik, dihukum kerana menjatuhka­n Yaya Sanogo dalam kotak penalti pada minit ke-78, membolehka­n Andy Delort menjaringk­an gol untuk merapatkan lagi kedudukan 3-2 sebelum Sanogo kemudian menjaringk­an gol penyamaan lewat.

“Kami mengawal permainan tetapi kemudian sesuatu berlaku yang tidak dapat dikawal,” kata Jardim.

“Pemain berasa sangat marah dan kerana itu saya akan berkata sekali lagi di mana saya sangat menyokong penggunaan VAR.

“VAR akan memberikan kejohanan ini lebih kredibilit­i dan membantu pengadil membuat keputusan tepat.”

Satu mata itu membolehka­n Toulouse berada dua mata di atas zon penyingkir­an sementara Monaco, kekal 11 mata di belakang PSG.

Marseille bertandang ke PSG pada perlawanan lewat dengan pasukan pelawat mahu menamatkan 15 perlawanan tanpa menang ke atas lawan mereka untuk memintas Monaco ke tangga kedua. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia