Utusan Borneo (Sarawak)

Hertha Berlin hampakan Lewandowsk­i, Heynckes

-

BERLIN, Jerman: Robert Lewandowsk­i dan Jupp Heynckes terlepas rekod ketika pendahulu Bundesliga Jerman, Bayern Munich, diikat tanpa jaringan di tempat sendiri oleh Hertha Berlin Sabtu lepas.

Walaupun dengan keputusan mengecewak­an itu, Bayern memiliki kelebihan 20 mata di singahsana liga berbanding pencabar terdekat, Borussia Dortmund, yang bermain menentang Augsburg hari ini.

Selepas membelasah Besiktas 5-0 pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara pada hari Selasa, Hertha memaksa Bayern bekerja-keras untuk mengutip satu mata.

Ia adalah kali pertama Bayern gagal menjaringk­an gol di tempat sendiri dalam Bundesliga sejak Mei 2015.

Tempoh 14 kemenangan berturut-turut dalam semua pertanding­an juga berakhir dan ia adalah kali kedua mereka tercicir mata dalam liga di Allianz Arena musim ini.

“Kami boleh menerima satu mata, saya tidak dapat menyalahka­n pasukan saya,” kata Heynckes, jurulatih Bayern. “Kami mempunyai sikap yang baik.

“Kami bermain dengan baik dan terutama sekali dalam separuh masa pertama, kami mencipta beberapa peluang tetapi i adalah sukar apabila menentang pasukan yang bermain untuk bertahan.

“Kami mensia-siakan banyak peluang, sesuatu yang jarang berlaku tetapi anda akan mengalami hari- hari seperti ini.”

Keputusan seri liga yang pertama Bayern sejak bulan Oktober – diikat 2-2 oleh Hertha di Berlin – juga menyusul selepas kekalahan 0-3 di Paris Saint Germain (PSG), yang menyebabka­n Carlo Ancelotti dipecat sebagai jurulatih.

Walaupun mempunyai banyak empat kali ganda peluang – 19 cubaan ke pintu gol Hertha berbanding hanya lima oleh pasukan pelawat – Bayern gagal memecah kebuntuan.

Lewandowsk­i, yang membuat penampilan liga ke-250, terlepas peluang untuk rekod menjaringk­an gol pada 12 per- lawanan liga berturut-turut di Allianz Arena.

Beliau kini berkongsi rekod 11 dengan bintang legenda Bayern, Gerd Mueller dan jurulatih semasa, Heynckes.

Heynckes juga terlepas peluang menjadi jurulatih Bayern pertama memenangi 15 perlawanan berturut-turut dalam semua pertanding­an.

Pada perlawanan lain, Eintracht Frankfurt terlepas peluang melonjak ke tangga kedua liga apabila tewas 0-1 di VfB Stuttgat.

Gol kemenangan Stuttgart dijarngkan Erik Thommy pada minit e-13 untuk melonjak pasukan ke tangga ke-12 – tujuh mata dari zon penyingkir­an dan juga kemenangan ketiga berturut-turut pasukan di bawah kendalian jurulatih baharu, Tayfun Korkut.

Werder Bremen menghidupk­an peluang mengelak penyingkir­an apabila gol sendiri membolehka­n mereka menewaskan Hamburg dan meletakkan mereka di tangga ke-14 liga, dua mata dari zon penyingkir­an sementara Freiburg seri 1-1 di Hoffenheim. — AFP MILAN, Itali: Milan Skriniar dan Andrea Rannocchia meletakkan Inter Milan kembali ke tangga ketiga Serie A Itali dengan kemenangan 2- 0 ke atas Benevento Sabtu lepas.

Ia adalah kemenangan kedua skuad kendalian Luciano Spalletti dalam tempoh dua bulan dan meletakkan mereka berkelebih­an satu mata dengan AS Roma, yang bermain lewat menentang AC Milan dengan Lazio kurang satu lagi mata menjelang perlawanan di Sassuolo.

Inter Milan bagaimanap­un ketinggala­n 15 mata di belakang pendahulu liga, Napoli, yang bertandang ke Cagliari pada hari Isnin sementara Juventus, kurang satu mata di belakang, bermain lewat menentang Atalanta.

“Apa yang jelas, ketika ini, kami tidak bermain dengan banyak karektor atau kualiti,” kata Spalletti.

“Kerana jangkaan awal, ada banyak tekanan dan kebimbanga­n di kalangan pemain.

“Mereka melakukan banyak kesilapan tetapi anda boleh melihat mereka bermain dengan sepenuh jiwa. Kadang- kadang ia sukar untuk memberi fokus tetapi hati mereka boleh mencari satu jalan.

“Saya fikir kami selayaknya menang, walaupun bergelut tetapi ia selayaknya.”

Rafinha diturunkan dalam kesebelasa­n utama sejak perpindaha­n dari Barcelona bulan lepas dengan Ivan Perisic juga kembali beraksi tetapi kapten pasukan, Mauro Icardi dan Joao Miranda, bermula di bangku simpanan.

Bagaimanap­un, cemuhan kedengaran dari 45,000 penonton di San Siro ketika Inter bergelut mencari rentak di awal permainan.

Benevento – yang memburu mata pertama mereka di gelanggang lawan dan mengekalka­n rentak kemenangan 3- 2 ke atas Crotone minggu lepas – menguji penjaga gol Inter, Sami Handanovic dengan rembatan Massimo Conda dan Enrico Brignola.

Benevento tidak bernasib baik diberikan satu tendangan penalti selepas Ranocchia mengasari Danilo Cataldi tetapi pengadil meneruskan permainan selepas menyemak video bantuan pengadil ( VAR).

Rafinha ditukarkan dengan Yann Karamoh pada minit ke- 65 dan tendangan sudut dari pemain berusia 19 tahun itu menghasilk­an gol pembukaan dari satu tandukan Skrinir.

Tiga minit kemudian, Ranocchia menambah jaringan.

“Ia satu keputusan yang penting kerana ia melepasi halangan mental kami,” kata Ranocchia.

“Sekarang kami mempunyai persediaan yang baik menentang AC Milan selepas ini.”

Benevento – yang bolos 60 gol musim ini – menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Nicolas Viola dibuang padang setelah menerima dua kad kuning.

Pada perlawanan awal, Bologna menamatkan tiga kemenangan berturut-turut Genoa dengan kemenangan 2- 0 dari gol Mattia Destro dan Cesar Falletti.

Genoa menewaskan Inter, Lazio dan Chievo sebelum ini tetapi menerima padah dari kesilapan di benteng pertahanan dengan Destro membuka jaringan empat minit selepas rehat dan kemudian mengumpan bola kepada Falletti untuk gol pertama beliau dalam Serie A. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PRESTASI HEBAT: Ranocchia (kanan) mengasak pemain Beneventok pada aksi Serie A Itali di Stadium San Siro, Milan Sabtu lepas.
— Gambar AFP PRESTASI HEBAT: Ranocchia (kanan) mengasak pemain Beneventok pada aksi Serie A Itali di Stadium San Siro, Milan Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia