Utusan Borneo (Sarawak)

Awla harap golongan belia manfaatkan Gelanggang Futsal Daerah Simunjan

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berharap golongan belia di daerah itu memanfaatk­an sepenuhnya Gelanggang Futsal Daerah Simunjan yang dibuka secara rasmi kelmarin.

Menurut Awla, gelanggang yang menelan kos berjumlah RM850,000 itu dinamakan Arena Sri Nancy.

Ia dirasmikan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

“Kos pembinaan gelanggang futsal baharu ini berjumlah RM850,000 daripada peruntukan Projek Mesra Rakyat Parlimen Batang Sadong dan peruntukan Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) bagi DUN Simunjan.

“Ini menunjukka­n kerjasama erat antara Parlimen Batang Sadong dan ADUN Simunjan bersama Pejabat Daerah Simunjan dan Majlis Daerah Simunjan ( MDS). Kerjasama seperti ini semenangya amat diperlukan untuk memajukan sesuatu kawasan tersebut,” kata Awla.

Menurut beliau, Nancy akan menambah peruntukan bagi menaik taraf kemudahan yang sedia untuk menjadikan gelanggang itu lebih selesa digunakan.

Katanya, gelanggang itu nanti akan diselengga­rakan sepenuhnya oleh Majlis Daerah Simunjan.

“Saya menyeru kepada belia agar menggunaka­n ke- mudahan ini dengan sebaik mungkin untuk menonjolka­n bakat-bakat mereka dalam sukan futsal,” katanya.

Terdahulu, majlis serah terima sepenuhnya oleh kontraktor pelaksana iaitu Syarikat Era Baru.

Hadir sama ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Residen Bahagian Samarahan Ibrahim Lumpu, Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap dan pegawai Majlis Daerah Simunjan, Geoffry Ramji.

 ??  ?? RASMI: Nancy menandatan­gani plak merasmikan pembukaan Gelanggang Futsal Daerah Simunjan disaksikan oleh Awla (tiga kanan) dan Aidel (tiga kiri) di Simunjan kelmarin.
RASMI: Nancy menandatan­gani plak merasmikan pembukaan Gelanggang Futsal Daerah Simunjan disaksikan oleh Awla (tiga kanan) dan Aidel (tiga kiri) di Simunjan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia