Utusan Borneo (Sarawak)

Svitolina sertai Henin, Venus tewaskan Kasatkina 6-4 dan 6-0

-

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE): Elina Svitolina menyertai bekas pemain nombor satu dunia, Justine Henin dan Venus Williams yang berjaya mempertaha­nkan kejuaraan di sini Sabtu lepas apabila menewaskan Daria Kasatkina dari Rusia 6-4 dan 6-0.

Svitolina, pemain ranking keempat dunia, memenangi kejuaraan ke-11 dalam kerjayanya selepas hanya mengambil masa 70 minit untuk menewaskan Kasatkina.

“Apabila mereka mengumumka­n nama kami, mereka berkata Justine dan Venus adalah pemain yang berjaya mempertaha­nkan k e - juara a n d i sini, saya berasa agak malu apabila mereka mengumumka­nnya. Ia bagaimanap­un membakar semangat saya,” kata pemain dari Ukraine itu.

Kasatkina, 20, memulakan perlawanan selepas bermain lebih dari sembilan jam pada perlawanan sebe- lum ini dan menyelamat­kan lima mata akhir dalam dua perlawanan. “Saya berasa gembira dengan cara saya bermain minggu ini,” kata Svitolina. “Saya menjangkak­an sesuatu yang tak terjangka. “Saya gembira dengan cara saya menangani tekanan, saya berasa gembira dengan prestasi saya.” Svitolina menewaskan Kasatkina buat kali ketiga dalam kerjaya. “Saya berasa gembira, apabila saya harus bermain dengan baik, saya bermain dengan baik. Saya melakukan servis dan pukulan balas yang baik,” kata beliau. B e l i a u b a g a i m - a n a p u n diberikan cabaran a g a k k u a t p a d a s e t p e r - tama d e n - gan Kasatkina menyelamat­kan tiga mata akhir sebelum tewas.

Set kedua bagaimanap­un lebih mudah dengan Svitolina kelihatan hilang rentak dan mungkin berasa kelebihan dari perlawanan separuh akhir.

“Elina adalah lawan yang sukar di final,” kata Kasatkina. “Beliau bermain dengan baik sepanjang minggu. Di final, beliau menunjukka­n permainan terbaik beliau.”

Beliau mengakui hilang tenaga selepas jadual padat sepanjang minggu.

“Satu- satu perkara positif ialah saya menghabisk­an 12 jam di gelanggang utama dan menang empat perlawanan.

“Saya tidak mempunyai cukup tenaga di final tetapi ia tetap minggu yang hebat untuk saya.”

Dengan muncul naib juara, Kasatkina dijangka akan melonjak ke dalam senarai 20 pemain terbaik dunia. — AFP

 ??  ?? VENUS
VENUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia