Utusan Borneo (Sarawak)

LBR: Miri FA berjaya sekat kemaraan Tawau di Sabah

-

MIRI: Miri FA berjaya menyekat kemaraan pendahulu Kumpulan D, Tawau setelah keputusan seri 1-1 dalam aksi Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Kebangsaan 2017/18 di Kompleks Sukan Tawau malam kelmarin.

Ketua Jurulatih Miri FA, Mohamad Hakimi Man berkata meskipun pasukannya ketinggala­n 1-0 pada babak pertama perlawanan namun berkat usaha dan kerja keras anak-anak buahnya berjaya menyamakan kedudukan.

“Memang agak sukar kita untuk menang di tempat lawan kerana pasukan Tawau mempunyai pertahanan yang kukuh namun kita bersyukur mampu membawa pulang satu mata,” katanya ketika dihubungi di Tawau semalam.

Hakimi berkata, corak permainan Tawau yang agresif dan kasar sedikit sebanyak menimbulka­n ketegangan kalangan pemain Miri FA.

Namun, pemain- pemain dapat mengawal emosi serta meneruskan perlawanan meskipun ‘berperang’ dengan psikologi bermain di tempat lawan.

“Apa yang penting kita perlu meraih mata demi mata dan Miri FA perlu menang dalam dua baki perlawanan untuk melepaskan diri ke peringkat suku uku akhir, akhir,” jelasnya.

Hakimi yang baharu sahaja ja kehilangan n i bu tersayang pada Jumaat lalu, bagaimanap­un tetap k o m i t e d dengan tu- gasnya untuk uk mengembali­kan ikan kegemilang­an an bola sepak Miri.

“Sememangny­a saya bersedih namun demi tanggungja­wab terhadap pasukan, saya tetap gagahkan diri membimbing Miri FA dan berjaya meraih satu mata di Tawau,” katanya.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Miri, Nazri Datuk Ahmad Lai berpuas hati dengan corak permainan Miri FA yang menunjukka­n prestasi meningkat pada perlawanan itu.

“Kita banyak menghasil- kan peluang namun tuah tidak memihak kepada kita, bagaimanap­un peluang masih cerah untuk Miri FA bangkit pada perlawanan seterusnya,” kata beliau. Miri FA akan mela melayan kunjun junganKuch­in ing Gedong G a t o r s di tempat sendiri Sabtu d e p a n s seterusnya b e r m a i n me menentang Ken Keningau di Kompl Kompleks Sukan Keningau. Penyokong tempatan diminta datang beramai-ramai memberi sokongan kepada Miri FA melawan Kuching Gedong Gators di Padang Kelab Rekreasi Petroleum (KRP) Lutong pada 3 Mac ini, jam 4 petang. “Sokongan penonton amat penting bagi menaikkan moral dan motivasi pemain-pemain kerana kita perlu menang tatkala menentang Kuching Gedong Gators Sabtu depan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Matthew (tengah) bersama pemenang Pertanding­an Gusti Lengan Mobile CTC Bintangor 2018.
TAHNIAH: Matthew (tengah) bersama pemenang Pertanding­an Gusti Lengan Mobile CTC Bintangor 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia