Utusan Borneo (Sarawak)

George, Herman dan Abigail mendominas­i kategori utama Pertanding­an Gusti Lengan

-

KUCHING: George Young, Herman Johan dan Abigail Kee mendominas­i tiga kategori utama Pertanding­an Gusti Lengan Mobile CTC Bintangor 2018 yang melabuhkan tirai saingannya kelmarin.

Dalam kategori 75 kilogram (kg) ke atas lelaki, juara dari SOAC- Sidudu Opui Arm Wrestling Club menewaskan Roslie Jamawi dari Kelab Gusti Lengan Sri Aman pada aksi final manakala Alvin Imang (J4WZBau) akur di tempat ketiga.

Bagi kategori bawah 75kg lelaki, Herman dari Bintangor berjaya merangkul gelaran juara selepas menewaskan Mohd Safiq (Bintangor) dan tempat ketiga dimenangi Othman Omar (Johor/Bintangor).

Kategori wanita terbuka menyaksika­n Abigail dari Kelab Gusti Lengan Premier 101 berjaya menewaskan Chong Ai Mei (Julau) meraih gelaran juara. Manakala tempat ketiga dimenangi Pau Chiong Yee dari Bintangor.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sukan Lengan Sarawak (SASA), Matthew Dominic Barin berkata lebih 20 peserta gusti lengan baharu menyertai pertanding­an itu diadakan di Bintangor kelmarin.

“Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang menyertai pertanding­an gusti lengan yang diadakan di Bintangor kali ini.

“SASA akan meneruskan usaha ini untuk mencungkil lebih ramai bakat kalangan anak tempatan seluruh negeri ini,” katanya.

Malah, Matthew percaya bahawa lebih ramai anak tempatan berpotensi besar dalam sukan gusti lengan terutamany­a dari luar bandar.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada pelbagai agensi, kerajaan negeri dan Pejabat Kewangan Persekutua­n (FFO) membantu menjayakan program ini menerusi Mobile CTC Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Kita menyasarka­n mendapatka­n ahli gusti lengan bermula di peringkat sekolah dan seluruh bahagian agar dapat membantu membangunk­an sukan gusti lengan di seluruh negeri ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia