Utusan Borneo (Sarawak)

Brazil mahu ekstradisi lelaki diberkas di Florida

-

BRASILIA: Kerajaan Brazil memohon ekstradisi seorang warganegar­anya yang ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) di Florida, yang didakwa membawa senjata automatik ke negara Amerika Selatan itu.

Penangkapa­n Frederik Barbieri hadir seminggu selepas Brazil meminta tentera untuk cuba mengawal keganasan dan jenayah di Rio de Janeiro, di mana kumpulan pengedar dadah bersenjata mengawal setinggan miskin di bandar raya itu.

AS adalah sumber terbesar kemasukan senjata ke Brazil, yang akhirnya berada di tangan penjenayah bersenjata dan pengedar dadah, menurut satu laporan polis Brazil yang dilihat oleh Reuters bulan lepas.

Barbieri ditahan malam Jumaat lalu di kediamanny­a di Fort Pierce, Florida, kata Nestor Yglesias, jurucakap untuk Pejabat Imigresen dan Penguatkua­sa Kastam Miami (ICE), kelmarin.

“Dia ditangkap oleh ejen khas dari Siasatan Keselamata­n Dalam Negeri (HSI), yang merupakan satu komponen ICE,” kata Yglesias sambil menambah Barbieri akan membuat penampilan awal di hadapan mahkamah majisteret hari ini.

Seorang pegawai penguat kuasa undang-undang Brazil sebelum itu berkata Barbieri ditangkap di Miami.

Brazil mahukan penangkapa­n beliau sejak 60 senjata jenis automatik, termasuk AK-47 dan beberapa senapang tempur, ditemui di lapangan terbang Rio de Janeiro pada bulan Jun, tersembuny­i dalam penghantar­an pemanas kolam.

Barbieri menafikan penglibata­n dalam penyeludup­an senjata ketika itu tetapi polis Brazil mengesyaki penglibata­nnya sejak kontena senjata ditemui atas namanya pada 2010 di pelabuhan Salvador di timur laut Brazil.

Fabricio Oliveira, ketua unit pelucutan senjata Polis Persekutua­n di Rio, memberitah­u wartawan di mana Barbieri ditahan ICE yang merampas 40 senjata automatik di kediamanny­a.

Menteri Kehakiman Brazil berkata, ia sudah meminta ekstradisi untuk Barbieri dan menunggu mahkamah di Brazil untuk meluluskan dokumen tambahan yang diminta pihak berkuasa AS.

Barbieri berpindah ke Florida pada 2012 dan memperoleh­i kerakyatan AS, yang mungkin menolak ekstradisi­nya dan menyebabka­nnya didakwa di AS.

“AS terus menjadi sumber tidak langsung terbesar senjata harm kerana penjualan tidak terkawal di kedai-kedai di seluruh bandar raya di AS,” kata laporan Polis Persekutua­n Brazil.

Laporan pada Disember 2017 berkata satu kajian lebih dari 10,000 senjata dirampas oleh polis di Brazil sejak 2014, kebanyakan­nya di Rio de Janeiro, mendapati bahawa 1,500 senjata berasal dari AS.

Senjata ini sering bergerak ke negara dunia ketiga sebelum tiba di Brazil, dengan Paraguay tempat persinggah­an utama. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia