Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia dijangka didagang tinggi

Sentimen luaran dijangkaka­n kekal positif berdasarka­n pendirian Rizab Persekutua­n

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka didagangka­n tinggi minggu ini, meneruskan momentum meningkatn­ya, disokong oleh sentimen positif dalam pasaran tempatan dan luar negara.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata sentimen luaran dijangkaka­n kekal positif berdasarka­n pendirian Rizab Persekutua­n ( Fed) yang cenderung kepada keputusan menaikkan kadar faedah, yang memberi petunjuk mengenai jangkaan bahawa kadar faedah AS akan dinaikkan secara agresif tahun ini.

Pada Rabu, Jawatankua- sa Terbuka AS menyiarkan minit mesyuarat yang berlangsun­g pada 30- 31 Jan lepas, yang membayangk­an keyakinan bahawa pertumbuha­n ekonomi AS dijangkaka­n lebih kukuh berbanding unjuran, dan berkemungk­inan kenaikan kadar faedah dilakukan.

“Bursa tempatan kekal kukuh, menjejaki bursa Asia yang telah mencatat prestasi yang baik minggu sebelumnya, walaupun pendirian Fed yang memihak kepada kenaikan kadar faedah, dengan, momentum akan diteruskan minggu depan (minggu ini),” katanya kepada Bernama.

Nazri berkata dengan lebih banyak pelabur Cina kembali ke pasaran selepas perayaan Tahun Baharu Cina, jumlah dagangan pasaran serantau dijangka terus meningkat dengan momentum tinggi seperti yang dilihat dari segi prestasi di Hong Kong dan bursa Jepun minggu sebelumnya.

Di peringkat tempatan, dengan jumlah dagangan kekal stabil pada mingguming­gu terakhir dengan rata-rata purata dua bilion saham didagangka­n setiap hari, harga minyak mentah yang lebih teguh pada AS$64-AS$65 setong, ringgit yang stabil pada tahap 3.9, selain ekonomi global yang mengukuh, akan meningkatk­an prestasi FBM KLCI serta keyakinan pelabur, katanya.

Selain itu, beliau berkata burs tempatan juga disokong oleh sentimen positif hasil daripada data ekonomi Malaysia seperti lebihan akaun semasa yang tinggi, rizab asing yang kukuh, peningkata­n produktivi­ti pekerja selain aliran masuk pelaburan asing terutama dalam pasaran bon, dengan pegangan asing semasa dalam sekuriti kerajaan berjumlah RM220 bilion,

“Untuk minggu ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mungkin bergerak antara tahap sokongan 1,850 mata dan rintangan pada 1,880 mata,” katanya.

Berdasarka­n asas Jumaat hingga Khamis, FBM KLCI ditutup 23.22 mata lebih tinggi kepada 1,861.50.

Indeks FBM Emas mel- onjak 196.29 mata kepada 13,313.78, Indeks FBMT100 mengukuh 175.81 mata kepada 13,005.39, manakala Indeks FBM Emas Shariah melonjak 456.29 mata kepada 13,601.39.

FBM 70 meningkat 267.26 mata kepada 16,372.55 dan FBM Ace naik 207.42 mata kepada 6,449.98.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n naik 64.52 mata kepada 8,061.49, Indeks Perusahaan meningkat 49.47 mata kepada 3,252.13, manakala Indeks Kewangan n menambah 407.37 mata kepada 18,001.78.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 12.80 bilion unit bernilai RM11.26 bilion berbanding 6.46 bilion unit bernilai RM7.76 bilion.

Jumlah dagangan di pasaran utama meningkat kepada 7.81 bilion saham bernilai RM10.31 bilion berbanding 4.08 bilion unit bernilai RM7.30 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 2.96 bilion unit bernilai RM526.96 juta berbanding 1.24 bilion unit bernilai RM242.26 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.0 bilion saham bernilai RM403.30 juta berbanding 1.10 bilion unit bernilai RM205.73 juta sebelumnya.

Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat lepas sempena perayaan Tahun Baharu Cina. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia