Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan KLCI dijangka didagang tinggi

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI dijangka didagangka­n tinggi minggu ini, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai yang kukuh, kata peniaga.

Peniaga itu berkata penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangkaka­n bergerak antara 1,850 dan 1,880 mata.

Beliau berkata walaupun dagangan tidak banyak berubah minggu sebelumnya, indeks ditutup tinggi.

Dari segi teknikal, trend itu menunjukka­n pasaran berehat sementara selepas peningkata­n yang kukuh sejak kebelakang­an ini.

“Kami mengekalka­n dagangan yang positif dalam jangka terdekat.Kami akan terus mencadangk­an pelabur berpegang kepada kedudukan beli.

“Kami mencadangk­an beli selepas indeks melepasi paras 1,842.5 mata pada 19 Feb lepas manakala paras berhenti pada 1,842.5 mata,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran hadapan kebanyakan­nya tinggi, selari dengan prestasi pasaran tunai.

Berdasarka­n kedudukan Jumaat hingga Khamis, Februari 2018 menambah 27.5 mata kepada 1,862, Mac 2018 menokok 28 mata kepada 1,860, September 2018 meningkat 28.5 mata kepada 1,857.5 manakala Jun 2018 meningkat 30 mata kepada 1,857.

Jumlah dagangan meningkat kepada 44,365 lot berbanding 16,549 lot pada Khamis.

Minat terbuka melonjak kepada 49,969 kontrak berbanding 25,209 kontrak minggu sebelumnya.

Penanda aras FBM KLCI ditutup 6.43 mata lebih tinggi kepada 1,861.50 berbanding 1,838.28 Khamis lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia