Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit didagangka­n tinggi berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka didagangka­n tinggi dengan kecenderun­gan positif berbanding dolar AS minggu ini susulan unjuran suram pedagang terhadap kadar faedah AS.

Ketua Pedagang OANDA Corp bagi Asia Pasifik, Stephen Innes berkata unjuran kenaikan kadar faedah AS dan pasaran yang semakin sensitif terhadap data ekonomi tempatan, memberikan beberapa cabaran jangka pendek kepada ringgit.

“Kami percaya kadar faedah AS sudah pasti dinaikkan, namun sehingga kita mendapat isyarat pasti daripada pengerusi baharu Rizab Persekutua­n, Jerome Powell, yang dijangkaka­n minggu ini, aliran kemasukan luar dijangkaka­n rendah dalam jangka pendek,” katanya kepada Bernama.

“Pelabur jangka panjang perlu terus mengesan tahap oportunis untuk ringgit kembali meningkat,” katanya.

Sementara itu, penanda aras minyak mentah Brent diniagakan 0.44 peratus lebih rendah kepada AS$65.82 setong.

Pada asas Jumaat hingga Khamis, nota tempatan ditutup pada 3.9170/9200 berbanding dolar AS daripada 3.8910/ 8980 pada minggu sebelumnya.

Ringgit bagaimanap­un bercampur- campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9607/ 9639 daripada 2.9659/ 9724, namun rendah berbanding yen kepada 3.6642/ 6677 daripada 3.6559/ 6635 minggu sebelumnya.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.8203/ 8255 daripada 4.8583/ 8678, namun merosot sedikit berbanding pound British kepada 5.4705/ 4762 daripada 5.4704/ 4818. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia