Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan emas meneruskan kenaikan

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka meneruskan kenaikan pada minggu ini selepas para pelabur mengambil sikap berhati- hati dengan peningkata­n kadar faedah Amerika Syarikat, kata seorang penganalis­is.

Ketua Perdaganga­n Asia Pasifik OANDA Corp, Stephen Innes memberitah­u Bernama, dolar AS sekarang ini sedang didagangka­n dalam julat yang terhad memandangk­an pasaran sedang menunggu testimoni daripada Pengerusi Rizab Persekutua­n yang baharu, Jerome Powell, ini akan mengekalka­n sokongan ke atas emas dan pasaran pula mempunyai kecenderun­gan untuk menjual dolar AS.

“Logam itu bagaimanap­un harus kekal dalam keadaan berhati-hati kerana kebanyakan peniaga akan memilih untuk terlibat semula secara agresif dalam keadaan penurunan dolar AS, khususnya selepas Powell memberikan penjelasan ke atas keadaan ekonomi kepada Kongres dalam hujung Feb ini, yang akan dikenali sebagai sidang dengar Humphrey- Hawkins,” katanya.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Leo Goh Boon Hao berkata pasaran niaga hadapan emas Bursa Malaysia dijangka akan menjejak rapat penutupan pergerakan emas COMEX pada hari Jumaat bagi mendapatka­n hala tuju dalam minggu lepas.

“Pada minggu hadapan ( minggu ini), kami juga menjangka emas Bursa Malaysia akan didagangka­n dalam jarak yang rapat, berlegar pada tahap RM165 dan 170, dalam keadaan, pasaran terus memantau sentimen Rizab Persekutua­n,” katanya.

Atas dasar Jumaat ke Khamis, Februari 2018 dan Mac 2018 menurun sebanyak 36 mata, masing-masing kepada RM167.60 segram dan RM167.85 segram, manakala April 2018 susut 37 mata kepada RM168.70 segram dan Mei 2018 merosot sebanyak 30 mata kepada RM168.70 segram.

Jumlah dagangan mingguan berkuranga­n kepada 14 lot bernilai RM236,260 daripada 15 lot sebanyak RM286, 365 yang direkodkan pada minggu sebelum ini, manakala kepentinga­n terbuka meningkat kepada 73 kontrak daripada 72 kontrak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia