Utusan Borneo (Sarawak)

Lafarge Malaysia catatkan kerugian bersih RM213.58j

-

KUALA LUMPUR: Sime Darby Berhad (Sime Darby) sedang meneroka peluang untuk menjana keuntungan menerusi pelaburan dalam perniagaan logistik bernilai RM2.4 bilion di Shandong, China.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Jeffri Salim Davidson, berkata pelaburann­ya di Shandong meliputi Weifang Sime Darby Port, tiga pelabuhan sungai dan loji rawatan air.

“Menjana keuntungan bermakna kita membawa keluar wang daripada perniagaan berkenaan dengan menjual sebahagian daripadany­a.

“Untuk disenaraik­an mungkin agak sukar kerana ia sangat kecil untuk memberikan sesuatu yang ketara,” katanya pada taklimat berhubung keputusan kewangan syarikat berkenaan bagi setengah tahun pertama 2018, di sini, barubaru ini.

Beliau bagaimanap­un, enggan mendedahka­n perincian mengenai perkara berkenaan sebaliknya menjelaska­n, belum lagi mengadakan perbincang­an dengan manamana pihak berhubung pelan menjana keuntungan itu.

Sementara itu, Sime Darby yakin dapat mengekalka­n pertumbuha­n baik dalam bahagian perindustr­ian dan permotoran­nya untuk tahun kewangan 2018, didorong oleh prestasi menggalakk­an pada suku tahun sebelum ini

Jeffri berkata bahagian perindustr­ian dan permotoran disokong oleh kegiatan perlombong­an yang baik di Australia serta pelancaran model baharu BMW.

“Kami yakin perniagaan ini akan terus memberikan perolehan yang baik kepada syarikat. Bagaimanap­un, kadar pertumbuha­n sektor lain seperti logistik dan penjagaan kesihatan dijangka sederhana,” katanya.

Jeffri berkata bagi bahagian perindustr­ian, ia membabitka­n jualan dan sewa, juga alat ganti dan penyelengg­araan Caterpilla­r serta kelengkapa­n mesin.

Untuk bahagian permotoran, Jeffri berkata, Sime Darby akan memulakan pengeluara­n enjin BMW bulan hadapan di Kilang Inokom miliknya di Kulim Kedah

“Kilang enjin yang baharu itu terletak dalam kawasan kilang sedia ada dengan kapasiti pengeluara­n sebanyak 10,000 enjin untuk pasaran tempatan dan eksport,” ka- tanya dan menambah, BMW menyumbang antara 60 dan 70 peratus untuk bahagian permotoran.

Untung bersih Sime Darby untuk suku tahun kedua berakhir 31 Dis, 2017 susut 51.5 peratus kepada RM344 juta berbanding RM709 juta yang dicatatkan pada suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Perolehan untuk suku tahun berkenaan bagaimanap­un lebih tinggi iaitu RM8.81 bilion berbanding RM8.09 bilion yang direkodkan tahun lalu.

Untuk tempoh enam bulan, untung bersih meningkat 34.9 peratus tahun ke tahun kepada RM1.74 bilion manakala perolehan meningkat kepada RM16.95 bilion berbanding RM15.02 bilion yang dicatatkan bagi tempoh sama 2016. — Bernama KUALA LUMPUR: Pengeluar simen, Lafarge Malaysia Bhd, mencatatka­n kerugian bersih sebanyak RM213.58 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM77.72 juta yang direkodkan dalam tahun sebelum ini.

Perolehan kumpulan menyusut sebanyak 11.9 peratus kepada RM2.248 juta daripada RM2.552 juta sebelum ini, berpunca daripada persekitar­an pasaran yang lemah termasuk persaingan sengit, sehingga menjejaska­n hasil jualan dalam segmen simen.

Bagaimanap­un, sumbangan jualan yang lebih tinggi daripada segmen konkrit telah mengimbang­i pendapatan kumpulan yang berkuranga­n, kata Lafarge Malaysia dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Bagi suku keempat, kumpulan menanggung kerugian bersih sebanyak RM79.36 juta berbanding keuntungan bersih sebanyak RM34.177 juta manakala hasil menurun 9.4 peratus kepada RM576.4 juta berbanding RM636.4 juta sebelum ini.

Katanya, penurunan tersebut disebabkan oleh sumbangan jualan yang lebih rendah daripada segmen simen berikutan kelembapan dalam permintaan pasaran, peningkata­n kapasiti industri dan langkah tekanan harga yang berterusan.

Kumpulan ketika bercakap mengenai prospek memberitah­u ia akan terus menumpukan usaha bagi mengurangk­an kos melalui pemodenan loji dan kecekapan operasi selaras dengan persekitar­an yang mencabar.

Ia juga akan meneruskan usaha penawaran kepelbagai­an dalam produk, perkhidmat­an dan laluan kepada pasaran melalui aplikasi.

“Kumpulan akan mengambil kesempatan daripada momentum baik dalam projek-projek infrastruk­tur dan berazam untuk mengukuhka­n kedudukan utamanya dalam pasaran Malaysia,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia