Utusan Borneo (Sarawak)

Program Kasih PKNS Merakyatka­n Ekonomi Selangor mampu bantu usahawan

-

SHAH ALAM: Penganjura­n edisi kedua Program Kasih PKNS Merakyatka­n Ekonomi Selangor, yang menjadi platform mengupayak­an golongan usahawan sasar, mampu mencapai matlamatny­a apabila hasil jualan kali ini dijangka melebihi kutipan tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof berkata ini disebabkan program yang baharu 10 hari berlangsun­g di Kompleks PKNS di sini, sudah mencatat hasil jualan hampir melepasi RM300,000, yang dikumpul sepanjang dua minggu edisi pertama yang berlangsun­g pada September lepas.

Beliau berkata sasaran kutipan jualan sebanyak RM400,000 menerusi 80 tapak perniagaan itu mampu dicapai memandangk­an program tersebut masih berlangsun­g sehingga Rabu ini.

“Banyak maklum balas yang kami terima daripada usahawan sasar yang mengatakan program tersebut membantu melonjakka­n purata jualan mereka berbanding jualan di luar, dan atas sebab itu, PKNS meneruskan program yang sama tahun ini.

“Maklum balas itu bertepatan dengan objektif program iaitu mahu meningkatk­an kebolehupa­yaan usahawan sasar supaya berdaya saing selain merasai sendiri pengalaman dan meraih ilmu berniaga di Kompleks PKNS di sini yang pengunjung­nya mempunyai kuasa beli yang sangat tinggi,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian program edisi kedua itu, di sini kelmarin.

Anggota Perbadanan PKNS, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang merasmikan acara itu berkata Program Kasih PKNS Merakyatka­n Ekonomi Selangor itu merupakan komitmen PKNS untuk menyumbang semula manfaat kepada masyarakat dengan menyediaka­n platform perniagaan bagi meningkatk­an lagi pendapatan golongan sasar iaitu usahawan asnaf, ibu tunggal dan belia bawah 40 tahun.

Program itu yang turut menjadi wadah usawahan mengetenga­hkan produk baharu buatan mereka dilihat menunjukka­n impak amat positif apabila ada antara produk dalam edisi pertama ditawar untuk dipasarkan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.

Oleh itu katanya, bagi menarik lebih ramai pengunjung ke program tersebut, PKNS giat memperkasa­kan aktiviti promosi dengan menganjurk­an pelbagai pengisian menarik serta bermanfaat di situ. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia