Sistem percukaian disusun semula untuk pastikan pendapatan negara kukuh
SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan menyusun semula sistem percukaian untuk memperkenal Cukai Barang dan Perkhidmatan ( GST) memastikan pendapatan yang kukuh untuk negara.
Perdana Menteri berkata 164 negara di dunia telah melaksanakan GST, dan Malaysia merupakan antara ekonomi yang mengenakan kadar terendah di dunia.
Jiran kita, Singapura, barubaru ini mengumumkan akan meningkatkan kadar GST kepada sembilan peratus, ada negara tetangga kita menetapkan 10 peratus dan India, sebagai contoh mempunyai empat peringkat (cukai),” katanya pada Malam Gala Tahun Baru Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia ( ACCCIM) 2018, di sini kelmarin.
Turut hadir, Presiden ACCCIM Tan Sri Ter Leong Yap, Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian.
“Kira-kira 500 item dan perkhidmatan termasuk bidang kesihatan dan pendidikan diberi penarafan sifar,” katanya.
Najib berkata gabungan parti pemerintah telah melak- sanakan tanggungjawabnya dan akan meningkatkan pelaksanaan pelan transformasi negara, selain tidak akan memainkan politik populis dan tidak menjanjikan apaapa yang tidak dapat penuhi. — Bernama