Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO Semporna beri minyak petrol percuma

-

SEMPORNA: UMNO Semporna memberikan petrol percuma kepada kira-kira 400 pengguna kereta dan motosikal di sebuah stesen minyak Shell di daerah ini, pagi semalam.

Pengisian minyak percuma itu berlangsun­g sejam mulai 9 pagi dengan pemberian 9 liter minyak untuk pengguna kereta dan minyak tangki penuh untuk motosikal bawah 150cc.

Pemangku Ketua Pemuda UMNO Semporna Ahmad Marzuki Nasir berkata program anjuran Pemuda UMNO itu bertujuan membantu meringanka­n perbelanja­an harian penduduk di daerah tersebut, selaras dengan hasrat kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO.

“Program ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada penduduk, kita ingin membantu rakyat dan memperliha­tkan usaha BN, tidak seperti parti pembangkan­g yang hanya tahu menabur fitnah,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Hadir sama Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Nasir berkata program itu akan diteruskan dari semasa ke semasa sekiranya mendapat sambutan menggalakk­an daripada masyarakat.

Sementara itu, seorang pengguna, Uddin Maul, 48, berharap program pengisian minyak percuma itu dapat diteruskan lagi bagi membantu mengurangk­an kos sara hidup terutamany­a golongan pekebun sepertinya.

Sundusian Noorpai, 50, pula berkata program itu menunjukka­n keprihatin­an kerajaan terhadap rakyat yang konsisten memberi bantuan dalam pelbagai bentuk, termasuk program minyak percuma. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia