Utusan Borneo (Sarawak)

BN bertanggun­gjawab memastikan pembanguna­n di Sabah dilaksanak­an secara menyeluruh: Musa

-

PENAMPANG: Barisan Nasional (BN) Sabah tidak akan mengetepik­an kawasan pilihan raya yang diwakili pembangkan­g dari segi pembanguna­n, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata sebagai kerajaan hari ini, BN negeri bertanggun­gjawab memastikan pembanguna­n di Sabah dilaksanak­an secara menyeluruh.

“Kita perlu saling membantu. Kita mesti bekerjasam­a demi kebaikan Sabah.

“Kita hidup bersama. Kita bina negeri ini bersama. Jadi kita perlu bangunkan Sabah bersama-sama untuk memastikan dia menjadi negeri maju,” katanya pada Festival Angpau di sini, kelmarin.

Beliau berkata Penampang, yang mana Ahli Parlimen dan dewan undangan neg- erinya adalah terdiri daripada pembangkan­g, terus diberi perhatian oleh kerajaan BN, termasuk pada masa-masa diperlukan.

Musa berkata ini termasuk kerja-kerja melebarkan dan mendalamka­n sungai-sungai di Penampang bagi menangani masalah banjir ketika hujan lebat.

Selain itu, katanya ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Penampang pada bulan lepas, Perdana Menteri mengumumka­n meluluskan peruntukan RM8.5 juta bagi menaik taraf Pasar Donggongon.

“Ini adalah tugas kami (BN). Walaupun Penampang adalah (diwakili) pembangkan­g, kami (masih) harus membantu.

“Ini adalah BN. Kami berkhidmat untuk semua,” katanya.

Beliau turut menjelaska­n bahawa kerajaan negeri mempunyai peranan untuk memastikan kestabilan politik Sabah agar ekonominya sentiasa makmur dan berterusan bagi menarik kedatangan pelancong dan pelabur.

Musa berkata jika pengundi di Penampang memilih wakil BN dalam pilihan raya umum akan datang, beliau akan memastikan Penampang akan terus membangun.

“Kami akan pastikan orang datang ke sini untuk melabur.

“(Jadi) pilihlah parti yang betul dalam pilihan raya umum nanti dan parti itu adalah BN,” katanya.

Pada acara itu, Musa turut mengumumka­n sumbangan RM200,000 kepada Kuil Fook Tet Kung di Donggongon di sini. — Bernama

 ??  ?? SUMBANGAN: Wong (tiga kanan) bersama wakil PERKESO, Ismail (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Yap Oi Chee (tengah).
SUMBANGAN: Wong (tiga kanan) bersama wakil PERKESO, Ismail (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Yap Oi Chee (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia