Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan sempitkan makna gotong-royong: Mohd Rashdey

-

SEMPORNA: Gotong-royong membawa makna yang luas. Kadang- kadang kita mendengar orang menyebut gotong-royong bila tiba masa membersih kawasan dan sebagainya. Sebenarnya gotong- royong membawa maksud yang lebih luas daripada itu.

Gotong-royong bererti tolong-menolong, bantu-membantu, kerja bersama-sama atau mengerjaka­n sesuatu secara bersama-sama.

“Kita jangan sempitkan makna gotong-royong hanya kepada sesuatu perkara,” kata Bendahari Penerangan Pemuda UMNO Negeri Sabah Mohd Rashdey Sabardin.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan GotongRoyo­ng Perdana Bersama Ibu Bapa di SK Tagasan, Semporna baru-baru ini.

Katanya, program itu dapat mengukuhka­n perpaduan dan kesepakata­n antara masyarakat.

Mohd Rashdey yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Semporna berkata, program gotong-royong itu juga memberikan manfaat yang besar dan meningkatk­an keharmonia­n dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Program ini juga diharap dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani sepertiman­a yang dihasratka­n oleh kerajaan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Beliau juga menyeru agar generasi kini membuat perubahan dari segi gaya hidup masing-masing.

“Buatlah pilihan yang bijak. Kita perlu menghargai kelestaria­n alam sekitar, menjaga kebersihan sekeliling kita kerana ia adalah tanggungja­wab bersama,” katanya.

Program gotong- royong perdana itu memberi peluang masyarakat, pelajar dan ibu bapa untuk beramah mesra dan meningkatk­an hubungan mesra dalam kalangan mereka.

Melalui program ini kita dapat membantu sekolah dalam memastikan agenda dan objektif program gotong-royong perdana itu tercapai iaitu meningkatk­an kerjasama, persefaham­an dan kebersihan alam sekitar.

Menurutnya, aktiviti seperti itu akan dapat memupuk nilai- nilai murni dan kesedaran alam sekitar di kalangan warga sekolah, ibu bapa dan guru-guru serta pelajar-pelajar.

Ianya akan meningkatk­an lagi tahap kesedaran alam sekitar di kalangan warga sekolah, ibu bapa dan guruguru serta pelajar-pelajar.

Kita harap dapat mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktik­kan amalan hidup yang lebih bersih dan harmoni.

 ??  ?? NILAI MURNI: Mohd Rashdey menuliskan nama di buku tamu ketika hadir merasmikan Gotong-Royong Perdana Bersama Ibu Bapa di SK Tagasan, Semporna baru-baru ini.
NILAI MURNI: Mohd Rashdey menuliskan nama di buku tamu ketika hadir merasmikan Gotong-Royong Perdana Bersama Ibu Bapa di SK Tagasan, Semporna baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia