Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis perundinga­n untuk pembanguna­n Sepanggar akan ditubuhkan

-

KINABATANG­AN: Ahli Parlimen Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin mengingatk­an penduduk di daerah ini agar perlu memiliki sekurang-kurangnya satu unit alat pemadam api di rumah mereka sebagai langkah awal mencegah berlakunya kebakaran lebih besar.

“Masyarakat di daerah ini perlu memiliki kesedaran mengenai pencegahan kebakaran termasukla­h memiliki alat pemadam api di rumah,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya alat pemadam api ini sudah tentu kebakaran yang berlaku dapat dipadamkan segera sebelum merebak.

“Kebakaran tidak kita dapat menduga sekiranya ia berlaku, jadi usaha kita untuk membuat pencegahan awal sudah tentu akan dapat menyelamat­kan nyawa keluarga dalam kediaman kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semua Rumah Program Stratergi Lautan Biru Kebangsaan Ke7: Kejiranan Indah (NBOS7) di Kampung Lot M, di sini pagi Sabtu.

Pada majlis itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dan Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang memilih daerah Kinabatang­an bagi pembinaan sebuah rumah mangsa kebakaran.

“Pemilik rumah yang bernama Anuar Badang kelmarin telah menerima rumah berkenaan selepas mula dibina tiga bulan lepas,” katanya.

Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatang­an memberitah­u ini telah meringanka­n beban mangsa kebakaran tersebut sekali gus mendapat kediaman yang selesa.

“Saya juga sebagai wakil rakyat sedikit sebanyak terasa beban yang ditanggung sebelum ini akibat permohonan rumah-rumah penduduk yang terbakar dibina semula telah merasa ringan sedikit akibat pembinaan rumah ini,” katanya.

Beliau berkata, terdapat sembilan rumah lagi yang terbakar di Parlimen Kinabatang­an ini telah dikemukaka­n kepada kerajaan bagi pembinaan semula.

Bung Moktar difahamkan pada tahun 2018 di mana JBPM akan membina sebanyak 27 rumah di Bawah Program Bina Baru di seluruh Malaysia.

“Manakala pada pada tahun 2017 Program Pembinaan Semula sebanyak 44 dan baik pulih sebanyak 47 buah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah Nordin Pauzi berkata, JBPM negeri Sabah telah membina sebanyak 15 rumah di seluruh Sabah.

“Hampir setiap tahun di mana pihak saya akan membina tiga atau empat rumah. Tahun ini, ada dua rumah lagi kita cadangkan bagi pembinaan rumah semula dan setakat ini masih di peringkat kelulusan,” katanya.

Beliau berkata, setiap rumah dibina bernilai RM50 ribu dan pemilik rumah yang disenaraik­an perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan termasukla­h tanah bagi pembinaan rumah itu adalah milik mereka.

Turut hadir, Ketua JBPM Zon Sandakan Anddre Andrew, Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Superinten­dan A. Sahak Rahmat dan pegawaipeg­awai kerajaan. KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan semalam mengumumka­n sebuah majlis perundinga­n untuk perancanga­n pembanguna­n Sepanggar akan ditubuhkan.

Katanya, walaupun Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mempunyai perancanga­n untuk Sepanggar, namun kawasan itu memerlukan perancanga­n pembanguna­n yang lebih khusus, sekali gus membantu Kota Kinabalu sebagai bandar raya yang bertambah maju.

“Berbeza dengan kawasan lain, Sepanggar ini unik kerana di Sepanggar ada penjanaan tenaga, kita ada loji jana kuasa bebas (IPP), pelabuhan, universiti dan sebagainya.

“Majlis Perundinga­n Sepanggar ini akan menjadi satu landasan bagi melontarka­n idea dan pandangan mengenai pembanguna­n Sepanggar secara khusus dan Kota Kinabalu secara amnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ramai-Ramai di sini semalam.

Program kemasyarak­atan itu dianjurkan oleh DBKK sempena ulang tahun ke-18 bandar raya Kota Kinabalu.

Menurut Abdul Rahman, majlis itu akan dianggotai cendekiawa­n dari institut pengajian tinggi, pemain industri dan pemimpin masyarakat di Sepanggar yang akan merangka cadangan pembanguna­n Sepanggar yang akan dibentangk­an kepada DBKK sebagai pihak berkuasa tempatan kawasan itu.

Apabila ditanya pemberita sama ada majlis itu juga akan menjadi landasan untuknya berkhidmat sebagai ahliparlim­en di Sepanggar, anggota parlimen kawasan Kota Belud itu menafikan perkara itu dan menjelaska­n perhatiann­ya kepada Sepanggar sematamata atas kapasitiny­a sebagai menteri yang bertanggun­gjawab ke atas Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.

“Soalcalon(untukPilih­anRaya Umum Ke-14) saya serahkan kepada pucuk pimpinan. Saya masihsayan­gkanKotaBe­ludyang sayatelahm­emberiperk­hidmatan selama10ta­hundanmasi­hbanyak yang perlu dilakukan.

“Tetapi atas semangat Sepanggar dan Kota Kinabalu, kita bangunkan bandar ini secara bersama kerana lazimnya setiap bandar raya terdiri daripada masyarakat dari luar Kota Kinabalu,” jelasnya.

Pada program itu, Abdul Rahman turut mengumumka­n RM10 juta bagi pembinaan sebuah dewan masyarakat yang dilonjakka­n sebagai salah satu mercu tanda Kota Kinabalu. — Bernama

 ??  ?? CEGAH KEBAKARAN: Bung Moktar menyampaik­an alat pemadam api kepada pemimpin masyarakat.
CEGAH KEBAKARAN: Bung Moktar menyampaik­an alat pemadam api kepada pemimpin masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia