Utusan Borneo (Sarawak)

Lima lelaki bersenjata diburu, tembak kapal nelayan tempatan

-

KINABATANG­AN: Polis sedang memburu lima lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan ke atas kapal nelayan tempatan di perairan laut Segama, pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan A.Sahak Rahmat berkata, bagaimanap­un nelayan tempatan terdiri juragan dan empat anak kapal berumur antara 19 hingga 48 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang.

Sementara kelima-lima suspek terbabit berjaya melarikan diri selepas kejadian itu.

Beliau berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati pada hari kejadian, juragan menaiki bot tunda bersama empat anak kapal sedang memukat ikan di perairan laut Segama.

“Dalam kedudukan jarak 11 batu nautika dari Kuala Segama, mereka didatangi oleh sekumpulan lelaki seramai lima orang yang menaiki sebuah bot dengan menggunaka­n enjin bot pam dari arah belakang iaitu dari kawasan Pulau Tambisan.

“Bot itu kemudian bergerak menghampir­i sebelah kiri bot pengadu dalam jarak kirakira 8 meter. Pada masa itu, bot tunda mereka sedang menarik pukat menghala ke Sandakan,” katanya.

Sahak berkata, menurut salah seorang daripada anak kapal, dia melihat salah seorang daripada lelaki berkenaan mengangkat tangan kanan menunjukka­n isyarat berhenti kepada mereka tetapi tidak dituruti kerana takut.

Selepas itu salah seorang daripada suspek mengangkat satu senjata berat berlaras panjang yang tidak dapat dipastikan jenisnya dan melepaskan satu das tembakan ke arah sebelah kiri bot pengadu dan mengenai dinding kayu sebelah kiri tempat jurumudi.

Akibat daripada tembakan itu, empat anak kapal pen- gadu telah lari bersembuny­i di tempat enijn bot.

Seterusnya bot suspek menghala ke hadapan bot tunda dan menukar arah ke sebelah kanan serta melepaskan dua das tembakan yang mengenai bumbung tempat jurumudi.

Selepas itu bot suspek menuju ke arah belakang bot dan menurut anak kapal dia melihat empat orang lelaki terbabit berdiri lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot tunda mereka.

Juragan kemudian memanggil empat anak kapalnya dan mengarahka­n mereka untuk memotong tali pukat dengan parang supaya bot mereka dapat bergerak lebih laju.

Sahak berkata mereka tidak ingat berapa das tembakan yang telah dilepaskan ke arah bot tunda mereka dan bot itu kemudian dilihat berpatah balik menuju ke arah yang tidak diketahui dan telah pergi dari situ.

“Pemeriksaa­n lanjut men- jumpai beberapa kesan tembakan di dalam ruang kemudi kapal nelayan berkenaan,” katanya.

Katanya, bot peronda polis kemudian mengiringi bot tunda berkenaan sehingga ke Pangkalan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat), manakala pihak polis masih memburu kelima-lima suspek terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia