Utusan Borneo (Sarawak)

• Horizon FENOMENA SELEPAS BANJIR, PENDUDUK GIGIH KUTIP UDANG, IKAN TIMBUL

- Bahagian III Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

PENDUDUK Balingian sudah menjangka fenomena udang dan ikan timbul selepas banjir surut akan berlaku lagi dan tahun ini mereka seperti biasa tidak melepaskan peluang mengutip rezeki terpampang di depan mata.

Pelbagai pengalaman dikongsi penduduk yang mengutip udang dan ikan timbul di Sungai Balingian kerana keadaan itu jarang berlaku pada hari-hari biasa, tetapi sering terjadi selepas banjir sejak lebih 20 tahun lepas.

Menurut penduduk, amat mudah untuk menangkap udang dan ikan timbul terbabit sama ada menggunaka­n serampang, penyauk mahupun alat dipanggil ‘takung’ iaitu alat khas yang dianyam daripada buluh.

Seorang guru, Mohd Hafiz Abdullah, 54 menceritak­an pengalaman­nya yang mengambil kesempatan semasa musim cuti bersama anak-anaknya serta anak buah, Aidid Mortadza Ibrahim, 16, untuk menangkap udang dan ikan timbul di Sungai Balingian, baru-baru ini.

“Keadaan ini jarang berlaku tetapi hanya berlaku di daerah ini selepas banjir surut. Udang dan ikan ini timbul di antara pokok-pokok nipah di tebing sungai.

“Saya masih ingat pada tahun 2009 menyaksika­n antara tahun yang paling banyak udang dan ikan timbul di Sungai Balingian tetapi hidupan sungai itu masih hidup,” ujar Mohd Hafiz semasa ditemui di Balingian baru-baru ini.

Katanya, keadaan ini berlaku setiap tahun selepas banjir besar dan fenomena ini mula terjadi pada tahun 1996 di daerah kecil Balingian yang pada pendapatny­a jarang berlaku di tempat lain.

Mengambil peluang akan rezeki yang dapat diperolehi dengan mudah itu Mohd Hafiz bersama anakanakny­a dilihat berhasil menangkap udang dalam saiz sederhana dan cukup untuk hidangan sekeluarga.

Begitupun katanya, seperti yang dilakukan oleh penduduk lain, mereka juga menggunaka­n serampang dan penyauk untuk menangkap udang sungai tersebut serta menghadapi sedikit halangan.

“Kebanyakan udang ini banyak yang tersadai atas tanah di tebing sungai selepas air sungai surut sehingga kami terpaksa meredah tanah liat dan kaki terbenam sehingga sukar digerakkan untuk menangkap spesies hidupan sungai yang masih hidup tersebut,” tambahnya yang bertolak dari rumah sekitar jam 8 pagi dan balik pada jam 1 petang mengguna bot panjang dan enjin sangkut.

Mohd Hafiz dan anak-anaknya berjaya memperoleh­i seekor ikan betutu seberat 5 kilogram (kg), udang 3kg dan tapah 6kg selepas empat jam mencari rezeki timbul di Sungai Balingian tersebut.

Menurut kajian, ikan betutu (Oxyeleotri­s marmorata) adalah jenis ikan air tawar yang jarang dilihat dalam saiz besar dan amat bertuah jika seseorang dapat menangkap ikan tersebut dalam saiz sedemikian.

“Tidak terlalu susah sebenarnya untuk menangkap udang dan ikan terbabit disebabkan ia sudah timbul dan terapung di tebing sungai,” katanya namun tidak menolak fenomena udang dan ikan timbul itu mungkin akibat kekurangan oksigen dalam air selepas dilanda banjir dengan dasar air sungai yang berkelodak.

Seorang suri rumah Naimah Mili, 58, berkata, fenomena yang berlaku itu bukan sahaja membabitka­n udang timbul dalam sungai malah dalam parit dan sistem tali air.

“Saya pernah menyaksika­n ada udang timbul sehingga ke ruang parkir kenderaan di hadapan rumah termasuk bawah rumah penduduk. Situasi itu pada saya merupakan petanda musim udang timbul bermula dan ada beberapa ekor udang tersadai di tepi parit sehingga dapat ditangkap dengan tangan.

“Petanda itu membawa lebih ramai orang kampung di Balingian berpusupus­u menangkapn­ya sehingga hasil udang yang diperolehi mencecah berkilo-kilo,” tambahnya.

Bukan setakat Mohd Hafiz sekeluarga malah penduduk lain yang ditemui turut membawa hasil sungai dalam jumlah yang begitu banyak.

Tiga penduduk yang ditemui membawa hasil sungai ialah Azri Manai, 33, Rohana Narawi, 47, dan Kamsiah Bohari, 45, yang ketiga-tiganya menggunaka­n kaedah menyauk di tebing dan celah akar-akar pokok di tepi sungai. Mereka membawa pulang hasil tangkapan udang bersaiz sederhana mencecah 20kg.

Semasa tinjauan di Sungai Balingian, kelihatan lebih 10 bot panjang milik penduduk tertumpu pada tebingtebi­ng sungai Balingian sama ada untuk menangkap udang mahupun ikan dan ada antaranya bersedia dengan serampang untuk menangkap spesies ikan tapah yang dicari-cari oleh penduduk sama ada untuk hidangan keluarga ataupun dijual.

Selain di daerah Balingian fenomena tangkapan ikan tapah bersaiz besar difahamkan turut berlaku di daerah Dalat, manakala di Kampung Penakub Ulu dan Kampung Teh, Mukah membabitka­n penangkapa­n udang galah sepit biru.

 ??  ??
 ??  ?? CARI DAN TANGKAP: Penduduk mengambil peluang mencari dan menangkap udang yang timbul di antara pokok di tebing Sungai Balingian.
CARI DAN TANGKAP: Penduduk mengambil peluang mencari dan menangkap udang yang timbul di antara pokok di tebing Sungai Balingian.
 ??  ?? SEDIA JADI LAUK: Rohana (kanan) dan Kamsiah membersihk­an udang pelbagai saiz yang ditangkap di Sungai Balingian.
SEDIA JADI LAUK: Rohana (kanan) dan Kamsiah membersihk­an udang pelbagai saiz yang ditangkap di Sungai Balingian.
 ??  ?? PULANG DENGAN HASIL: Kamsiah (belakang) dan Rohana mengayuh perahu membawa pulang hasil tangkapan udang di Sungai Balingian. Turut kelihatan beberapa penduduk masih gigih mencari udang di kawasan tebing sungai.
PULANG DENGAN HASIL: Kamsiah (belakang) dan Rohana mengayuh perahu membawa pulang hasil tangkapan udang di Sungai Balingian. Turut kelihatan beberapa penduduk masih gigih mencari udang di kawasan tebing sungai.
 ??  ?? REZEKI: Aidid menunjukka­n ikan tapah dan betutu yang ditangkap bersama pakciknya, Mohd Hafiz dan sepupu.
REZEKI: Aidid menunjukka­n ikan tapah dan betutu yang ditangkap bersama pakciknya, Mohd Hafiz dan sepupu.
 ??  ?? FENOMENA: Penduduk mencari udang yang timbul di antara pokokpokok di tebing Sungai Balingian.
FENOMENA: Penduduk mencari udang yang timbul di antara pokokpokok di tebing Sungai Balingian.
 ??  ?? MEMUASKAN: Rohana menunjukka­n hasil sungai yang diperolehi­nya bersama Kamsiah.
MEMUASKAN: Rohana menunjukka­n hasil sungai yang diperolehi­nya bersama Kamsiah.
 ??  ?? BUKAN SELALU: Azri menunjukka­n udang yang diperolehi­nya dengan cara menyauk.
BUKAN SELALU: Azri menunjukka­n udang yang diperolehi­nya dengan cara menyauk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia