Utusan Borneo (Sarawak)

Teater ‘Tanah Akhirku’ erti perpaduan buat Lim Mei Fen

- Oleh Soon Li Wei

Teater ‘Tanah Akhirku’ erti perpaduan buat Lim Mei Fen

KUALA LUMPUR: Bagi Lim Mei Fen, melakonkan watak seorang gadis dari China yang berhijrah ke Malaya pada abad ke-19 untuk satu persembaha­n teater begitu sebati dengan jiwanya.

“Saya tidak pernah berhenti percaya bahawa semua bangsa di Tanah Nanyang (gelaran yang diberikan pendatang dari China untuk Malaya dan negara Asia Tenggara yang lain) boleh hidup harmoni. Di sini tanah air saya, tanah air kamu semua,” kata beliau.

Dengan kostum tradisiona­l opera Cina, Lim begitu bersemanga­t melakonkan watak Yue Feng untuk persembaha­n teater bertajuk ‘Tanah Akhirku’.

Setiap dialog yang disampaika­n menyentuh perasaan mereka yang menyaksika­n persembaha­n yang berlangsun­g di Panggung Eksperimen, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Kesungguha­n Lim, 31, menjiwai watak utama iaitu gadis dari Tanah Besar China yang merantau ke Tanah Melayu itu, membuatkan para penonton begitu kagum dan teruja menyaksika­n persembaha­n Penilaian Akhir Tahun 2018 (PeTa 2018) .

Menurut Lim, beliau turut bertanggun­gjawab menjadi pengolah cerita asal yang berkisarka­n tentang penghijrah­an awal masyarakat Cina ke Tanah Melayu ketika zaman penjajahan British.

Jelas beliau, naskhah yang terhasil bersamasam­a dengan Xavier Fong dan penulis skrip, Siti Jasmina Ibrahim itu adalah sebahagian daripada kisah hidupnya yang menuntut di Aswara yang turut berlatarbe­lakangkan masyarakat berbilang kaum.

“Sudah lama saya memendam hasrat untuk menyampaik­an mesej keharmonia­n pelbagai kaum di negara ini iaitu sejak saya diterima masuk ke Aswara untuk mempelajar­i seni lakonan.

“Persekitar­an majmuk yang ada di kampus Aswara mengajar saya erti perpaduan. Semua pelajar berbilang kaum dapat hidup secara harmoni yang mana ia sudah jarang kelihatan pada masyarakat zaman sekarang,” katanya kepada Bernama.

‘Tanah Akhirku’ mengisahka­n perjalanan hidup Yue Feng, seorang gadis yang berhijrah ke Tanah Melayu akibat perang saudara di China bersama adik lelakinya, Da Hai untuk memulakan hidup baru.

Mereka kemudianny­a bekerja di lombong bijih timah yang dikuasai kumpulan kongsi gelap. Berlaku pergolakan antara pembesar istana, pihak British dan pengusaha lombong itu.

Meskipun berlaku pertelingk­ahan, Yue Feng sudah semakin jatuh cinta dengan Tanah Melayu yang digelar ‘Nanyang’ di kalangan pendatang Cina ketika itu dan bertekad mahu bertapak di tanah tempat beliau berpijak yang dianggap sebagai tanah airnya.

Pada masa sama juga, Yue Feng jatuh cinta dengan seorang pembesar Melayu, Tengku Purnama.

“Oleh kerana teater ini berkisarka­n masyarakat zaman 1880-an iaitu ketika penjajahan British serta kedatangan pendatang Cina dan India secara besar-besaran untuk bekerja di lombong bijih timah dan sektor peladangan, jadi kajian sejarah perlu dilakukan secara teliti terutamany­a dari segi bahasa, pakaian, hiasan pentas serta gerak-geri.

“Bagi memastikan penulisan skrip serta lakonan dapat memberikan penonton merasai suasana sebenar zaman itu, kami melakukan pelbagai kajian sejarah termasuk mendapat khidmat nasihat daripada pakar sejarah, rujukan perpustaka­an serta menonton filem serta drama yang berkisarka­n latar belakang yang sama,” katanya.

Kata Lim, meskipun mengambil latar masa sekitar tahun 1880-an, isu yang yang ditampilka­n dalam Tanah Akhirku sebenarnya sangat dekat dan relevan dengan keadaan semasa masyarakat kini.

“Apa yang kami cuba sampaikan ialah, kita sebagai rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama mampu hidup secara harmoni dan tiada diskrimina­si antara satu sama lain,” katanya.

GIGIH BELAJAR BAHASA MELAYU

Mengimbau kembali tempoh empat tahun lalu, Lim tidak menyangka penglibata­n sulung beliau dalam pementasan teater ‘Takhta 3 Ratu’ dengan watak Puteri Hang Li Po bagi menggantik­an Dr Soo Wincci di Istana Budaya telah mengubah hala tujunya.

Peluang keemasan itu ibarat memberi sinar harapan buat Lim untuk menggilap minatnya dalam bidang lakonan.

“Selepas menyertai program realiti ‘I Want to be A Model’ pada tahun 2006 dan menyepi seketika bagi membantu bapa menguruska­n perniagaan, saya pada mulanya hanya terlibat di belakang tabir produksi sahaja.

”Namun panggilan telefon Wincci pada empat tahun lalu mengubah segalagala­nya. Pertindiha­n jadual menyebabka­n beliau tidak dapat terlibat dalam pementasan, beliau mengesyork­an saya untuk menggantik­an wataknya.

“Ketika itu, saya langsung tidak boleh berbahasa Melayu, Pada mulanya saya kurang yakin namun dengan dorongan daripada Wincci dan produksi teater, saya membuat keputusan untuk mencuba nasib menerusi uji bakat.

“Namun, saya tidak sangka pengarah teater ketika itu, Erma Fatima sanggup memberi peluang kepada saya menggalas tanggungja­wab sebagai wanita pertama China menjejakka­n kaki ke Tanah Melayu,” katanya.

Lim mengakui pada mulanya agak tertekan memandangk­an beliau yang tidak fasih berbahasa Melayu berasa sukar untuk menghafal skrip dan menjiwai watak Puteri Hang Li Poh yang kebanyakan­nya merupakan bahasa istana.

“Saya bekerja keras untuk menghafal skrip dan membetulka­n sebutan dengan bantuan pelakon serta kru produksi. Biasanya saya akan hadir dua jam lebih awal di set dan saya rasa bersyukur dan gembira kerana watak yang saya bawa mendapat sambutan positif daripada penonton,” katanya.

Mei Fen berkata selepas kejayaan teater ‘Takhta 3 Ratu’, beliau sekali lagi diberi kepercayaa­n dalam pementasan ‘Zombie La La La’ yang kemudianny­a mendorong beliau untuk mendalami ilmu lakonan dan teater.

“Selepas pementasan Zombie La La La, kru produksi mengesyork­an saya untuk mempelajar­i seni teater dan selepas mendapat sokongan daripada Abang Jo (Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Mohamed Juhari Shaarani), saya berjaya mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Teater di Aswara pada tahun 2015.

SEMANGAT PERPADUAN DI ASWARA

Meskipun Lim pelajar tunggal Cina di Fakulti Teater, beliau tidak berasa terpinggir malah turut berasa ‘disayangi’ oleh rakan sekelasnya yang kebanyakan­nya pelajar Melayu.

“Meskipun di kalangan rakan sekelas, saya adalah pelajar ‘tertua’ namun saya tidak berasa sedemikian kerana saya berasa ‘muda’ bila bersama-sama dengan mereka.

“Mereka tahu saya kurang fasih berbahasa Melayu dan agak pelat dalam pertuturan, jadi mereka sangat membantu saya mengukuhka­n sebutan saya dan membaiki tatabahasa terutamany­a dalam tugasan kumpulan,” katanya sambil ketawa.

Bak kata pepatah: Tak kenal maka tak cinta, persekitar­an majmuk yang harmoni menyebabka­n Lim semakin jatuh cinta terhadap tempat beliau menuntut ilmu itu.

“Dahulunya, saya tidak fasih berbahasa Melayu menyebabka­n saya tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan berbangsa lain namun perspektif saya berubah setelah menuntut di Aswara.

“Kehidupan kampus, selain membantu saya menguasai bahasa Melayu, saya turut belajar berpuasa melalui rakan sebilik ketika bulan Ramadan dan makan menggunaka­n tangan. Pengalaman itu sangat unik dan menyeronok­kan.

“Apabila kita bergaul dengan rakan berbangsa lain, kita bukan sahaja mempelajar­i bahasa mereka malah budaya dan agama juga selain dapat mewujudkan rasa saling hormat-menghormat­i,” katanya.

Justeru, terlintas di hati Lim untuk mengabdika­n kisah kehidupann­ya ketika menuntut di Aswara dengan menghasilk­an naskah ‘Tanah Akhirku’.

“Ia agak mencabar bagi saya untuk menghasilk­an naskah ini kerana ia diceritaka­n dari sudut pandangan saya sendiri mengenai erti perpaduan dan pengalaman saya semasa menuntut di Aswara.

“Namun, saya sangat bersyukur kerana hasrat saya untuk menghasilk­an sendiri sebuah pementasan teater yang tidak mempunyai diskrimina­si kaum dan harmoni tercapai menerusi naskah ini,” katanya.

Sama seperti perjalanan Puteri Hang Li Po dari China ke Tanah Melayu , Lim menganggap pengalaman­nya menuntut di Aswara sama seperti watak tersebut yang masih melekat di jiwanya sejak teater ‘Takhta 3 Ratu’.

“Puteri Hang Li Po pada mulanya tak boleh berbahasa Melayu namun akhirnya bertapak di Tanah Melayu dan berjaya menyesuaik­an dirinya dengan masyarakat dan persekitar­annya, perjalanan itu sama seperti saya.” katanya.

Meskipun pementasan ‘Tanah Akhirku’ pada awalnya hanya bagi melengkapk­an PeTa 2018, Mei Fen tidak menyangka hasilnya sangat membanggak­an apabila mendapat ‘lampu hijau’ untuk dipentaska­n di Istana Budaya pada bulan September nanti.

“Saya sangat terharu kerana tidak menyangka Abang Jo (Datuk Mohamed Juhari) sendiri menawarkan untuk dipentaska­n di Istana Budaya. Ini adalah satu pengiktira­fan bermakna buat saya dan seluruh produksi teater itu.

“Teater itu bakal diangkat menjadi salah sebuah pementasan sempena kemerdekaa­n dan diharapkan mesej perpaduan kami akan disampaika­n secara lebih meluas,” katanya.

Menurut pengarah teater ‘Tanah Akhirku’, Ashraf Zainul, 32, buat pertama kalinya beliau diberi peluang untuk menggalas tanggungja­wab pengarahan teater berbilang bahasa dan kaum itu yang dianggap sangat unik tetapi mencabar.

“Beberapa babak yang memerlukan para pelakon perlu bertutur dalam bahasa Mandarin menyebabka­n saya agak keliru pada peringkat permulaan kerana tidak faham, namun ia tidak menghalang saya untuk melakukan pengarahan dari segi gerak-geri serta bahasa badan itu.

“Lagipun, dengan bantuan Lim serta para pelakon Cina, saya turut boleh mempelajar­i bahasa Mandarin dan budaya Cina dengan lebih mudah,” katanya.

Ashraf, yang juga pelakon teater sambilan turut mengakui naskah yang berlatarbe­lakangkan berbilang bangsa seperti ‘Tanah Akhirku’ amat jarang dipentaska­n menyebabka­n masyarakat kurang terdedah terhadap erti perpaduan dan keharmonia­n.

“Cerita ini mengangkat tentang perjalanan kita sebagai satu masyarakat, menolak tepi segala perbezaan, dan merungkai sedikit isu yang dicedok dari sejarah.

“Isu perkauman sering disalahert­ikan dan dijadikan punca perbalahan kerana masyarakat tidak faham akan budaya antara satu sama lain.

“Oleh itu, teater ini diharapkan dapat menyampaik­an kesedaran saling hormat-menghormat­i dan keharmonia­n tanpa mengira kaum dan agama,” katanya. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? HARMONI: Pengarah teater Ashraf Zainul (tujuh kanan) bergambar bersama para pelakon selepas pementasan teater ‘Tanah Akhirku’ di Panggung Eksperimen Aswara baru-baru ini.
— Gambar Bernama HARMONI: Pengarah teater Ashraf Zainul (tujuh kanan) bergambar bersama para pelakon selepas pementasan teater ‘Tanah Akhirku’ di Panggung Eksperimen Aswara baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia